” Alhamdulillah nama baik maknanya Rul.. ” – Hafidz Roshdi

Setelah Seminggu Kelahiran Anak Keduanya, Saharul Ridzwan Kongsi Nama Puterinya Yang Indah. Sedap Nama, Seindah Makna Dan Wajahnya !!

Seminggu sudah berlalu sejak aktor Saharul Ridzwan mengumumkan kelahiran anak keduanya. Umum juga sudah mengetahui Saharul memperolehi cahaya mata perempuan. Kegembiraan Saharul dan isterinya, Deena Emir menyambut kehadiran insan baru dan anugerah istimewa ini cukup jelas terpancar.

Saharul yang sejak dari awal tidak mengetahui jantina anak keduanya ini hanya mengetahuinya setelah Deena selamat menjalani emerg3ncy ce4ser. Deena turut bercerita keterujaan Saharul ketika mendengar bayinya itu perempuan dan sangat bersyukur atas kurniaan ini.

Sebagaimana dianjurkan dalam agama, disunatkan memberi nama yang baik maksudnya untuk bayi kerana nama itu adalah satu doa. Saharul dan Deena sebelum ini menamakan anak sulung mereka Muhammad Luth Ali. Untuk bayi keduanya ini juga nama dipilih yang mempunyai maksud yang baik.

Menerusi akaun Instagram, Saharul Ridzwan telah berkongsikan sekeping gambar bersama puteri kesayangannya itu. Mengumumkan nama puterinya itu sebagai Fateema Azzahra bintin Mohd Saharul Ridzwan.  Alahai cantiknya nama, seindah rupa dan wajah Fateema.

Jom baca perkongsian di bawah:

Perkongsian ini mendapat perhatian daripada ramai netizen. Antara komen-komen mereka:

” Alhamdulillah.. semoga membesar menjadi wanita hebat bagai srikandi Siti Fatimah Az-Zahra R.A.. “

” Tahniah semoga jdi anak yg sholehah fateema azzahra.. “

” Alhamdulillah.. cantik nama tu.. “

” Alhamdulillah.. Indah nama puterinya.. Moga jd ank solehah.. “

” Mesti cantik wajahnya seindah namanya.. “

” Awww Ali and Fateema.. awesome combination. Alhamdulillah.. “

” SubhanaAllah cantik sungguh nama tu.. “

” Syukur Alhamdulillah.. cantiknya nama.. semoga menjadi anak yg solehah.. “

” Wahh, nama cantik macam tuannya.. “

” Alhamdulillah nama baik maknanya Rul.. ” – Hafidz Roshdi

Indah sungguh nama yang diberi Saharul untuk puteri kesayangannya ini. Nama yang mempunyai makna yang baik dalam Islam. Ali dan Fateema penyeri kehidupan Saharul dan Deena. Semoga Saharul sentiasa berbahagia selalu bersama isteri dan anak-anak tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Saharul Ridzwan, IG Deena Emir

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..