” Kak Emma, kenapa comel dan cantik sangat ni.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Emma Maembong Yang Sedang Hamil 5 Bulan Lebih. Alahai Semakin Berseri-Seri Ibu Mengandung Ni, Comel Sangat Baby Bump Tu !!

Pada awal bulan Julai yang lalu, pelakon Emma Maembong mengumumkan berita gembira dan mengesahkan dirinya sedang hamil empat bulan pada ketika itu. Isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar ini berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Pada ketika itu Emma dan suaminya sedang berbulan madu di Langkawi. Emma turut menyatakan bulan madu itu dianggap sebagai percutian terakhir berdua bersama suaminya kerana selepas ini mereka akan ditemani oleh anak yang dikandungnya.

Gambar yang menampakkan ‘baby bump’ pada bahagian perut Emma itu turut meraih perhatian peminat. Rata-rata peminat memuji kecantikan bakal ibu ini yang kelihatan semakin berseri-seri. Untuk rekod, Emma telah mendirikan rumahtangga pada bulan Februari yang lalu.

Hasil tinjauan terbaru di akauan Instagram, Emma telah berkongsi gambar terbarunya yang sedang hamil 5 bulan lebih ketika di set lakonan. Emma kelihatan anggun mengenakan baju yang berwarna pink belacan dan berseluar panjang. Alahai cantiknya, berseri-seri bakal ibu ni.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

Penampilan terbaru Emma meraih perhatian peminat-peminat yang tidak jemu menyokongnya. Antara komen-komen mereka :

” Cantik nye naik betul seri mse pregnant si emma ni.. “

” Semoga sehat selalu untuk ibu dan baby nya. Comel o klu preggy.. “

” Cantiknya emma. Berseri2 la emma.. Eee cuteee nya mommy to be.. “

” Glowingggggnya mommy to be. Bersei-seri, tak care.. “

” Cantiknya mummy to be niiiii. Cantik dan sopan mummy.. “

” Kak emma.. kenape comel n cantik sgt nihh. teringin nk jumpa dgn kak emma.. “

” Semoga segalanya dipermudahkn ye kak emma… Semoga dikurniakn cahaya mata yg soleh dan solehah… semoga akak sntiase dirahmati dan dilindungi Allah S.W.T…. Aamiin.. “

Semakin berseri-seri bakal ibu ni kan, terpancar cahaya kebahagiaan di muka. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga semua urusan Emma ketika sedang hamil dan bersalin nanti akan dipermudahkan oleh Allah. Jaga diri baik-baik yer Emma !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM, SHukri Yahaya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..