” Kak Ain thorbaaaikkk ! Anak mithali ! You’re such an inspiration ! “

Ain Edruce Bawa Ibu Dan Ayah Naik Helikopter Tengok Kuala Lumpur Buat Ramai Tersentuh. Wowww !! Memang Terbaik Ain.

Nurulain Ar Edruce lahir 4 Ogos 1991 merupakan seorang pengacara, model dan pelakon wanita tanah air. Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan MBuzz dan sebagai Rosnaida dalam Kekasih Paks4 Rela. Lebih selesa dipanggil Ain dilahirkan dan dibesarkan di Taiping. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik .

Ketika menuntut di UiTM, pada 2011, Ain memulakan kerjaya awal sebagai model, seterusnya memulakan kerjaya televisyennya sebagai pelakon utama bersama Melda Ahmad dan Liyana Kamarhisham dalam drama realiti Gadis Semasa Sunsilk terbitan Red Communications.

Sebelum ini, Ain telah bertunang  dengan pasangan pilihan hatinya, iaitu Amirul Hafiz Mustaffa pada 22 Jun 2019. Pada 13 Disember 2019, Ain Edruce, 28, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 27,  pada majlis akad nikah mereka yang berlangsung di Quill City Mall.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Ain telah berkongsi beberapa gambar dan video telah membawa ibu dan ayahnya menaiki helikopter. Video itu juga dirakam oleh Ain sendiri bersama kedua ibu bapanya berada dalam helikopter melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur dari atas.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” Bawak mak abah naik helicopter sat.. “

” Dah lama dduk Kolumpur x penah tgh cmne rupa dia dari atas. Hahaha.. “

” Nah present!   “

” @skyriderkl.. “

” Bawak mak abah naik helicopter sat.. “

” Dah lama dduk Kolumpur x penah tgh cmne rupa dia dari atas. Hahaha.. “

” Nah present !  “

” @skyriderkl.. “

Rata-rata netizen begitu terharu dengan video yang telah dikongsikan oleh Ain Edruce itu. Antara komen-komen tersebut :

” Alhamdulillah.. “

” Alhamdulillah.. Mak ayah dimuliakan.. “

” Best regard for your parent.. “

” Semoga dimurahkan rezeki kak ain happy kan parents.. “

” Orang semua bawak gf/bf… Kak ain thorbaaaikkk ! Anak mithali ! You’re such an inspiration ! “

” Ya Allah, semoga ada rezeki bawak ibu ayah naik heli.. “

” Bukan sebab orang kaya tapi sebab rezeki yang dilimpahi memampukan membawa ibubapa.. Semoga rezeki kita juga dimampukan untuk bawa ibubapa kita jalan2 suatu hari.. “

Alhamdulillah. Pasti lepas ini, rezeki Ain melimpah ruah, kerana memuliakan kedua ibu bapa. Memamang terbaik Ain. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Ain sentiasa di murahkan rezeki, sentiasa maju jaya dalam bidang yang diceburi dan snetiasa bahagia selalu. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Ain Edruce by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..