” Alaaa, cutenya dia macam mummy dia la.. “

Video Anak Juliana Evans, Milly Ketawa Apabila Diacah Olehnya Buat Netizen Terhibur. Amboi, Sukanya Dia !!

Juliana Evans atau nama sebenarnya Juliana Sophie binti Johari Evans dilahirkan pada 5 Julai 1989. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik dan berketurunan Inggeris di sebelah bapanya serta Melayu di sebelah ibunya.

Juliana aktif dalam dunia pengiklanan dan pengacaraan sebelum terlibat sebagai seorang pelakon. Beliau telah berkahwin dengan kerabat diraja Johor dan Selangor iaitu Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada tahun 2017.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah atau nama panggilannya Milly. Milly dilahirkan pada 13 Julai 2019. Kehadiran Milly menceriakan kehidupan pasangan ini.

Menerusi akaun Instagram, Juliana berkongsi video anaknya, Milly sedang ketawa. Milly yang kini sudah berusi 5 bulan sudah pandai ketawa apabila di acah. Pada usia beginilah sangat seronok dilayan kerana bayi sudah pandai memberi tindakbalas.

Tonton video di bawah :

” Love of my life.. “

View this post on Instagram

Love of my life

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Rata-rata netizen ger4m melihat kecomelan Milly. Antara komen-komen mereka :

” Laaaa too cute lah baby.. “

” Hujung sekali dia dh boring.. “

” Ala cute nya dia mcm mummy dia la.. “

” Hahaha comel.. Jgn ketawakan dia sgt.. nnti mlm dia nangis je.. kata org tua.. “

” Adoi.. Love pipi gebu.. “

” Happy Milly.. “

” Cutenya awk.. “

Amboi, bukan main gembira Milly ketawa bersama ibunya. Ramai menyatakan wajah Milly seiras bapanya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Milly membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Juliana Evans by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..