” Kadang-kadang air kosong tu jugak dia orang jadikan sebagai kuah.. “

” Sabarlah adik-adik, ujian di dunia buatmu.. ” – Isu Pelajar Tahfiz Makan Berkuahkan Air Kosong, Tak Sangka Ini Respon Caprice. Memang Sent4p Dan Makan Dalam !!

Nama Caprice bukanlah satu nama asing di dalam dunia seni hiburan. Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli berasal dari Negeri Sembilan dan dilahirkan pada 25 Julai 1988. Beliau merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, ahli perniagaan dan juga penceramah motivasi.

Caprice yang gemar mengutarakan pendapat peribadinya tentang isu-isu semasa yang hangat di akaun Instagramnya membuatkan beliau diikuti oleh ramai orang. Menggunakan nama Caprice Official, akaun sosial tersebut memiliki 838 ribu pengikut.

Menerusi bidang nyanyian, nama Caprice tular setelah lagunya di dalam bahasa Inggeris berjudul ‘Lenglui’ dan ‘Dem Girls’ mendapat perhatian peminat. Kini Caprice menjadi influence yang terkenal yang sering menjadi tumpuan dan rujukan peminat.

Menerusi akaun Instagram, Caprice telah berkongsikan satu keratan berita yang bercerita tentang kesusahan pelajar tahfiz yang daif dan makan cuma berkuahkan air kosong. Isu ini nampaknya mendapat perhatian dari Caprice dan bila diulas seperti biasa pasti akan ada yang terasa makan cili.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Minta maaf. Please stop saying ni ujian dunia untuk mereka. Yang tak mampu bukak tahfiz tolong jangan bukak…(swipe left).. “

” Tahfiz bukan sesuatu platform untuk jadi charity. Tahfiz patut jadi sekolah to educate on the power of Islam so these kids can spread Islam, share Islam, and protect Islam.. “

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Caprice ini. Antara komen-komen netizen :

” Mind set bro.. Dia orang dah terbiasa dengan nasib dan luck.. Aduyai.. “

” This is sooo truuee!! Kesian kat anak-anak tahfiz tu.. Kalau tak mampu nak buka pusat tahfiz.. Jangan buka.. Last-last budak-budak ni jadi mangs4.. “

” So sad kita bukan Negara miskin kena makan macam ni kesian kat Anak-anak.. “

” Wahhh bro caprice when are u gonna become the leader broo. We need this kind of people.. “

” Tahfiz tu bukan untuk budak-budak terbuang etc. Its a SCHOOL. Why are students being treated like that?!.. “

Seharusnya anak-anak tahfiz ini mendapat keperluan yang sewajarnya dari pihak berwajib. Nyaw4 bukanlah suatu perjudian kerana anak-anak ini lah bakal menjadi pelapis untuk negara. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga akan ada inisiatif dan bantuan sewajarnya untuk ke semua pondok pengajian tahfiz di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Caprice by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..