” Fuyoooo… Can’t wait !!! “

Naqiu Bergandingan Bersama Scha Alyahya, Buatkan Peminat Tidak Sabar Nak Tengok Lak0nan Naqiu. Woww.. Macam Best Jer Cerita Ni !!

Wan Naqiuddin bin Mohd Najib atau lebih dikenali sebagai Naqiu merupakan vokalis kumpulan Boboy iaitu band yang terkenal di awal tahun 2000an. Beliau pernah menyepi selama 12 tahun daripada industri muzik berikutan komitmennya kepada keluarga. Kini beliau bergerak solo dan menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 pada tahun 2019.

Beliau telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-6 bersama dengan Hady Mirza. Kejayaan mereka itu telah mencipta sejarah dalam program tersebut apabila dua juara sekaligus dinobatkan dalam satu musim berikutan mereka berkongsi peratusan (%) markah yang sama.

Bagi sesiapa yang menonton persembahan Naqiu pada Gegar Vaganza, akan dapat melihat perbezaan yang ketara adalah pada suara Naqiu. Suara yang dulu ala-ala tidak pecah berbeza sekali dengan suara sekarang yang serak-serak basah. Selepas menjadi juara Gegar Vaganza 2019 musim ke enam (GV6), selain sibuk dengan undangan menyanyi, nampaknya Naqiu melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan pula.

Menerusi laman Instagram, Naqiu telah  berkongsi beberapa keping foto bersama pelakon Scha Alyahya. Naqiu juga telah memberitahu kini beliau sedang membuat penggambaran bersama Scha Alyahya. Naqiu bergandingan bersama Scha menerusi satu drama yang akan disiarkan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, tajuk drama masih belum didedahkan.

Ikuti perkongsian Naqiu di bawah :

” Memang bukan biashe2 #BilaNaqiuBerlakon kali ni ! Lain betul dgn semarak naga dulu.. #PleaseJanganKec4m.. “

Rata-rata peminat begitu teruja tidak sabar untuk menanti drama hasil lakonan Naqiu bersama Scha Alyahya. Antara komen-komen tersebut :

” Wah mcm best je.. Sy jrg lyn drama ni.. So kena pastikn sy jd penonton drama ni nnt.. “

” Buat apa nak kecam kalau boleh ubatkan rindu untuk peminat.. Makin excited dab tak sabaq nak tunggu.. “

” Fuyoooo… Can’t wait!!! .. “

” Tak sabar nak tengok… Wahh.. “

” Terbaik lah bro @thisisnaqiu! Aku ni mmg bukan jenis tgk cerita2 gini… Tapi demi ko bro… Aku akan lekatkan diri aku depan tv tu.. “

” Aduh2 berbunga2,nati info awal2 tau bila keluar astro.. Padu @thisisnaqiu.. “

” Tgok mimik muka nak gelak plak… All the best both… “

Woww !! Tahniah Naqiu dah jadi pelakon, rezeki manusia tiada siapa yang dapat sangka, semuanya dari Allah. Tak sabar nak tengok hasil lakonan Naqiu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Naqiu  dipermudahkan urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Naqiu Mohd by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..