” Cik Man betul ker kalau kita mandi pakai shampoo Carrie Junior, gajah akan ikut sekali? “

Ini Respon PU Azman, Ad0ii.. Serius Kelakar. Netizen Punya Soalan Pun Alahai, Kan Dah Mendapat !!

PU Azman atau nama sebenar beliau Azman Syah bin Alias semakin dikenali ramai dengan panggilan Cik Man. Beliau merupakan seorang penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan terkini sebagai seorang pelakon. Bakat beliau dicungkil daripada rancangan Pencetus Ummah musim kedua pada tahun 2014.

Melalui program realiti islamik tersebut, PU Azman dinobatkan sebagai juara. Beliau juga pernah membintangi beberapa buah drama iaitu Bila Hati Sudah Hitam, Geng Tadarus, Lelaki Kiriman Tuhan, Ustaz Baru Nak Start dan Sweet Dreams.

PU Azman mempunyai akaun media sosial Instagram dan seramai 1.5 juta orang mengikutinya. Apa yang menarik, PU Azman selalu berkongsi pelbagai soal jawab berkaitan agama terutamanya isu-isu yang sering menjadi persoalan ramai orang.

Menerusi entri terbaru akaun Instagram, PU Azman berkongsi satu soalan yang telah ditanya oleh netizen kepadanya. Soalannya berbunyi , Cik Man betul ker kalau kita mandi pakai shampoo Carrie Junior, gajah akan ikut sekali ? Ini respon PU Azman. Ayat last tu memang win !!

” Ni antara soalan yang aku pernah dapat. Aku ingat bila dia nak tanya pasal mandi, dia nak tanya rukun mandi wajib ker. Bertabahlah Cik Man.. “

” Kesimpulannya ada dua jenis netizen ketika bertanya soalan. Pertama yang bertanya sebab mintak ilmu. Kedua mintak kaki..  “

Rata-rata netizen terhibur dengan respon yang diberikan oleh PU Azman. Antara komen-komen mereka :

” Setelah saya kaji, cik Man telah memberi banyak ilmu dan kaki nya kepada netizan sekian.. “

Nganj1ng tu cik Man.. “

” Dia nak perhatian cik Man la tu .. “

” Ni kire minta kaki kan.. cik Man bagi tak.. “

” Hahah macam2 rakyat mesia ni.. “

” Bg dua siaz kaki gajah dh dia tya tu.. “

” Adoyai.. kaki saiz bape die mintak nih cik Man.. “

Betul juga apa yang diperkatakan oleh PU Azman. Tidak salah untuk bertanya soalan namun biarlah bertanya soalan yang munasabah dan bersesuaian. Apa pun terbaiklah PU Azman kerana melayan apa jua soalan yang ditanya netizen. Diharap PU Azman teruskan perkongsian soal jawab agama di media sosial.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..