” Jemput makan semua. Hangpa jangan lupa baca doa tau.. “

Video Aaisyah Dhia Rana Membaca Doa Makan Cur1 Perhatian Netizen. Alahai, Comel Dan Bijak !!

Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada pasangan selebriti terkenal si cantik manis Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin. Aaisyah sering menjadi perhatian netizen kerana wajahnya yang comel dan cantik. Aaisyah juga turut menpunyai ramai pengikut di akaun media sosialnya.

Aaisyah merupakan anak ketiga Che Ta dan anak sulung buat Zain. Aaisyah mempunyai dua orang abang yang sudah meningkat remaja iaitu Ammar Efendi dan Aniq Ezra. Selain itu, Aaisyah pernah membintangi program realitinya sendiri bertajuk ” Little Princess Aaisyah ” pada tahun 2017. Hebat kan Aaisyah !!

Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014 kini sudah pun berusia 5 tahun. Aaisyah mewarisi kecantikan daripada ibunya dan kekacakan bapanya. Gelagat dan telatah Aaisyah selalu dikongsi oleh ibunya di akaun media sosialnya sejak Aaisyah masih kecil lagi.

Menerusi akaun Instagram, satu video Aaisyah sedang membaca doa makan telah dikongsikan kepada peminat-peminatnya. Ini merupakan kali pertama video Aaisyah membaca doa makan telah dikongsikan. Alahai, bijak dan comel.

Jom tonton video di bawah :

” Jemput makan semua. Hangpa jangan lupa baca doa tau.. “

Rata-rata netizen memuji kepandaian Aaisyah. Antara komen-komen mereka :

” Pandai aisyah. “

” Paandaaiii bdk cmey ni.. “

” Besar nye bjuu ecahh.. “

” Alhamdulillah…. “

” Aaminn..cantik.. “

” Rindu tgok video aaisyah.. “

Anak dara Che Ta ni tak pernah tak comel seperti ibunya. Apa sahaja yang dikongsikan di akaun Instagramnya pasti menjadi bualan para netizen. Semoga Aaisyah menjadi anak yang solehah dan menjadi anak kebangaan ibu dan bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..