” Tercek1k tulang ikan Zan aku tengah makan nasi ni, buat hal la. Sebiji dowhh.. “

Zizan Razak Kongsi Gambar Remajanya Yang Persis Vokalis Floor 88, Ayie Elham. Namun Respon Ayie Buat Peminat Ketawa Berdekah- Dekah. Lucu Weh Zan !!

Siapa tidak kenal pelawak sensasi Zizan Razak. Anak kelahiran negeri Terengganu ini semakin menerpa nama di dalam bidang hiburan negara. Bermula dari seorang pelawak, kini Zizan sudah pun bergelar pengacara, penyanyi dan pelakon hebat.

Zizan mula melangkah ke dunia seni apabila mencuba nasib di rancangan realiti Raja Lawak. Bakat melawak yang dimilikinya nyata membuat ramai orang terhibur. Beliau juga merupakan ahli kumpulan Jozan di mana gabungan antara beliau dan Johan Raja Lawak.

Zizan yang sentiasa penuh dengan elemen jenaka tidak hanya di atas pentas malahan juga kelakar di alam realiti. Pasti ada sahaja rakan-rakan artis yang menjadi mangsa usikannya. Walaupun jenakanya bersahaja namun sudah cukup membuatkan peminat ketawa tak kering gusi melihatnya.

Menerusi akaun Instagram, Zizan Razak telah berkongsikan sekeping gambar beliau ketika remaja. Yang melucukan apabila kapsyennya memetik nama Ayie Floor 88 kerana wajahnya persis seperti Ayie jika melihat pada gambar ini. Zizan ada sahaja nak menyakat sampaikan Ayie sendiri terhibur.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Pengganti @ayieelhamf88 sudah ditemui. Penyanyi baru ini dikenali sebagai Ayam. Dan mungkin juga nama kumpulan Floor 88 akan ditukar nama kepada Basement 88 ini supaya tidak mengelirukan peminat.. “

” Dan Basement 88 sekarang sedang sibuk merakam lagu baru mereka yang berjudul “set4n hutang aku bila nak bayar an4t.. ?? !! ”. Dan diharap semua peminat sabar menanti kemunculan kumpulan berbakat besar ini. #basement88 #floor88.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Ko amek mop mana tu zan?.. “

” Kalau tonggengkan kebawah dah sebijik penyapu.. “

” Napok same tapi bukang dieree.. “

” Hahahahahaahhaahahahahah kiutttt zang.. “

” Mop lantai era 80an ke ghane ni bohhh.. “

” Perghhh paling win abad 2020.. “

” Sak1t perut aku gelak han4t ahahahahhahahahahaa.. “

” Nak gelak cam d0sa hahaahhahah tapi dah gelak hahaha.. “

” Sebiji dowhh.. “

” Tercek1k tulang ikan zan aku tengah makan nasi ni, buat hal la.. “

Namun komen dari Ayie sendiri yang terhibur dengan jenaka Zizan ini buat peminat tertawa :

Kelakar sungguh style rambut Zizan ni. Sekali pandang memang sama raut wajahnya dengan Ayie. Sama tapi tak serupa. Buat nk pec4h perut je gelak Zizan ni, penghibur hati sungguh. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Zizan dan semoga success selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizan Razak, IG Ayieelhamf88 by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..