” Jangan depressi0n sudah lah. Mamat ni dulu claim depressi0n padahal gimik bod0h je. No0b !! “
Persembahan Lagu Lembah Kesepian Oleh Haqiem Rusli Jadi Kec4man Seseorang Namun Terima Komen Padu Netizen. Salah Komen Mendapatlah Bro !!
Siapa tidak kenal penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli. Beliau yang diberi nama penuh Ridzuan Haqiem bin Rusli dilahirkan pada 16 Jun 1998 di Selangor. Selain sebagai penyanyi, Haqiem juga berbakat sebagai komposer, penulis lirik dan pelakon.
Anak ketiga daripada empat adik beradik ini pernah menjadi naib juara pertandingan Idola Kecil pada tahun 2008. Kejayaan ini menjadi titik awal penglibatannya di dalam dunia seni. Haqiem pernah mengganggotai kumpulan The Beesings bersama penyanyi Didi Astillah, Fimie Don, Azzam Sham dan Aida Ross.
Pernah memenangi tempat ketiga di AJL 32 melalui lagu Tergantung Sepi, kehebatan vokalnya sekali lagi diuji apabila terpilih menjadi finalis AJL 34 semalam. Mendendangkan lagu Lembah Kesepian, Haqiem menyampaikannya dengan penuh penghayatan.
Menerusi akaun Instagram tv3malaysia, telah dikongsikan sedutan video semasa Haqiem Rusli mendendangkan lagu Lembah Kesepian. Penghayatannya ditambah penampilan khas pelakon hebat Dato Rosyam Nor membuatkan ramai yang menitiskan airmata. Terkesan betul dengan alunan suara Haqiem dan lakonan mereka.
Jom tonton video di bawah :
” Alaaaa kenapa mata masuk habuk ni. Saja je kan @haqiemrusli98 ni.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Dia yang nyanyi aku yang Beria nang1s hahaha.. “
” Nangissss serius dia power.. “
” Winnn… Persembahan terbaik.. @haqiemrusli98. Penuh emosi.. Saya satu family mengalirkan air mata.. Tiba-tiba terus terbayang salah silap yang kita pernah lakukan pada ayah secara sedar atau tidak.. “
” Sedihnya persembahan @haqiemrusli98 tadi buat semua orang mata masuk habuk je kan… “
” Gempak persembahan @haqiemrusli98_ .. Tetiba masuk habuk pulak.. Jalan cerita yang memberi kesan pada semua.. Good job.. You deserve it.. “
” Ending paling winnnn.. “
” Gempak habis terbaik.. Mata masuk habuk la pulak semua nangis kat situ.. “
Namun ada terselit satu respon negat1f yang mendapat perhatian dan hentam4n netizen lain :
Penuh penghayatan penyampaian Haqiem dan lakonan Dato’ Rosyam yang sampai ke jiwa penonton. Betapa besarnya kasih sayang seorang ayah yang kadang kala kita lupakan. Rindu ayah! Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Haqiem atas persembahan yang memukau dan moga terus success di masa akan datang.. Aamin
Kepada netizen yang tidak habis-habis mengec4m Haqiem tu min nak tanya, tak penat ke sak1tkan hati orang ?
Sila tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia, Youtube Channel TV3 Malaysia Official by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..