” Isteri tu amanah dari Allah untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga, bukan kita suka, kita jaga, tak suka kita cer4ikan.. “
Ustaz Ebit Lew Berkongsi Cerita Mengenai Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri Buat Ramai Yang Buka Mata !!
Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan bin Ibrahim Lew, yang menggunakan tagline ‘Keluarga Sunnah’, dan sentiasa menyeru umat islam mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW. Malah sentiasa disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Siapa yang sering mengikuti ustaz Ebit Lew di laman sosial, pasti tahu ustaz Ebit merupakan seorang yang sangat romantik dan penyayang. Beliau sering menangkap gambar ‘selfie’ bersama isteri dan anak-anaknya. Sifat kasih sayang terhadap keluarganya sangat jelas kelihatan.
Selain menjadi penceramah motivasi, beliau juga merupakan pengarah urusan Transform Training & Consultancy. Pernah menerima anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 2015 dan telah mengendalikan lebih 1,000 kursus agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Berusia 35 tahun dan berasal dari Muazam Shah, Pahang Darul Makmur. Anak ketiga dari dua belas orang adik beradik dan berbangsa Cina. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan dua orang anak lelaki.
Menerusi akaun instagram ustaz Ebit Lew, beliau telah berkongsi cerita dan pendapat kepada orang ramai mengenai tanggungjawab seorang suami terhadap isteri dan tentang amanah yang diberikan oleh Allah dalam sesebuah perkahwinan tersebut.
Baca perkongsian ustaz Ebit Lew dibawah :
” Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda-muda lagi cer4ikan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain. Ada kisah begini yang saya cuba bantu masa program keluargasunnah.. “
” Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercer4i kini, apa perasaan kita? Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham. Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga begini dan juga rumahtangga kita semua.. “
” Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak. Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dari keluarga yang bercer4i ber4i. Saya menangis kasihan mereka. Peluk jer mereka menangis. Baru tanya khabar mereka dah menangis.. “
” Walau anak kecil. Buat yang telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah mus1bah itu buat kita dekat dengan Allah. Percaya Allah sayang dan Allah pasti bantu. Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik jer untuk semua.. “
” Satu jer nak cakap untuk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka cer4ikan. Nikah itu amanah. Lainlah beliau ada lelaki lain. Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian.. “
” Kita sayang kerana Allah walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri. kenangkanlah ibu kita.. kenangkan anak perempuan kita.. “
” Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan.. dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur.. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak.. Nikah itu amanah Allah.. “
” Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita ? Ar rijal lelaki pemimpin sebuah rumahtangga #doakanKeluagasunnahFeb2020 #KL.. “
Rata-rata pembaca bersetuju dan memahami akan perkongsian yang bermanfaat diberikan oleh ustaz Ebit Lew. Antara komen-komen netizen :
” Tq ustaz.. Moga bermanfaat bagi kami memperbaiki hubungan sedia Ada. Amin.. “
” Semoga menjadi iktibar pd kita semua… Terima kasih Allah.. Terima kasih Ustaz ats perkongsian ini.. “
” Betul ustaz. Nak kahwin sebab nak dapat redha Allah.. “
” Straight to the heart. Semoga Allah lindungi kita syg.. “
” Mungkin tak ramai yang faham erti AMANAH.. Mintak dijauhkan dari cer4i ber4i.. Aaminn.. “
” Masha Allah… Moga Allah lindungi rmhtgga kita smua.. Ameen.. “
Terima kasih ustaz atas perkongsian tersebut. Hargai perasaan dan hormati isteri kerana mereka telah melakukan segalanya untuk suami setelah berkahwin. Kami dari Berita Kopak, mengucapkan semoga ustaz sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia bersama keluarga. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ustaz Ebit Lew by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..