” Kau memang nak ambil award setiap tahun ke macam mana kak ? Hahaha.. “

Gelagat Amyza Aznan Di Set Pengambaran Menggeletek Hati Netizen. Part Akhir Tu Paling Win, Apa Yang Warna Biru Tu !!

Pelakon Amyza Aznan tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakatnya dalam bidang lakonan sememangnya tidak perlu dipertikaikan. Amyza mampu membawa dan mendalami apa sahaja watak yang diberikan kepadanya sama ada watak dramatik atau komedi.

Sepanjang beliau menceburi dalam bidang seni, Amyza sering dicalonkan dalam pelbagai anugerah. Namun rezeki beliau ialah pada tahun 2019 apabila beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Anugerah Skrin 2019 menerusi drama Batik Zakiah

Sebelum ini tul4r di media sosial video parodi lakonan Amyza Aznan berkaitan tentang sesi temubual isteri baru seorang penceramah agama. Video parodi tersebut mendapat perhatian netizen kerana ia begitu menghiburkan hati netizen.

Menerusi akaun Instagram, Amyza berkongsi videonya sedang menjalani pengambaran berjudul Kisah Mr. Cinderella. Apa yang menggeletek hati ialah apabila Amyza mengeluarkan sesuatu yang tak disangkakan dari beg. Adoi, tak pernah tak kelakar.

Tonton video di bawah :

” Up lagi seribu.. up lagi seribu…. tetibe ter up yg warna biru  #kisahmrcinderella. Director @rahilaali9 @jaasuzuran Camera sedang berpusing ye….. kat melaka.. “

Rata-rata netizen terhibur menonton video tersebut. Antara komen-komen netizen dan juga rakan selebriti :

” Adoi… Dtg dah kegil44n nye.. ” (Mona Allen)

” Kau mmg nak amik award tetiap thn ke cemane kak ?…. Hahaha.. “ (Misha Omar)

” Bau kep4m kah pakaian dlm itu.. “

” Akk mmg slalu wat org tak waras dlm set.. Hahaha.. “

” Mujur tkde ayat 18 19… “

” Kau buat hal la kakak.. “

” Kau mmg terbaik primadonaku.. Kalau tiap-tiap thn ko mmg pun mmg patut.. Semoga rezeki melimpah ruah.. “

Adoi, Amyza apabila melawak semestinya tak kering gusi dibuatnya. Sehinggakan semua krew produksi pun terhibur. Semoga Amyza Aznan terus berjaya dalam bidang seni hiburan dan terus menghiburkan semua peminat. Terbaik lah Amyza !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amyza Aznan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..