” Good parenting knowledge. Inspiring nya nak jadi mak macam ni. Ehh.. “

Hanis Zalikha Kongsikan Tips Kenalkan Bayi Dengan 1st Meal Yang Amat Berguna. Patutla Yusuf Cerdik !! 

Siapa tidak kenal Hanis Zalikha, berwajah bujur sireh dan tinggi lampai menjadi pakej yang sempurna untuknya. Nama penuh diberi Hanis Zalikha binti Zainal Rashid, merupakan anak jati Kuala Lumpur dan dilahirkan pada tanggal 9 Oktober 1990. Hanis merupakan anak kedua dari tujuh adik beradik. Ibunya Nan Rostam merupakan seorang model di sekitar tahun 1980-an.

Menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi MARA, Hanis memegang diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Memulakan langkahnya ke dalam bidang seni hiburan pada tahun 2008 dimana Hanis terlibat dalam penulisan blog, model, pelakon dan pengacara. Hanis membuat kemunculan sebagai pelakon di dalam filem Mom0k The Movie, G4ngster Celop dan Ro0meo Kota.

Hanis menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi aktor Hairul Azreen pada Jun 2015. Perkahwinan ini menjadi buah mulut peminat di luar sana apabila dikatakan Hairul menyerahkan wang hantaran sebanyak RM 91,019.90 kepada Hanis.

Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Seringkali memuatnaik video bersama anak-anaknya, Hanis seringkali menjadi inspirasi buat wanita bergelar ibu dengan caranya berkomunikasi dan mendidik anak-anaknya itu dengan penuh kelembutan.

Menerusi akaun anak perempuannya Alisa Aisyah, Hanis berkongsi cara-cara dan tips pemakanan yang sesuai sebagai 1st meal bagi bayi seawal 6 bulan ke atas. Banyak tips-tips berguna yang boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu di luar sana. Tidak hairanlah kalau di lihat anak lelakinya Yusuf memiliki akal yang pintar hasil dari corak pemakanan yang seimbang.

Jom baca perkongsian Hanis Zalikha dibawah :

” Tawar —> Pahit / Payau —> Manis / Masam.. “

” Inilah yang Mommynis buat dengan Yusuf dulu bila mula-mula nak perkenalkan makanan dekat dia dulu. Mulakan dengan nasi kosong tawar untuk dia belajar telan-telan dulu. Kemudian dia dah ada rutin makan (4-5 hari, ) dan pandai rasa lapar nak makan, perkenalkan sayuran pelbagai (2-4minggu, satu sayur satu minggu).. “

” Bila dah biasa dengan rasa sayur. Baru perkenalkan yang lebih manis sedap iaitu buah-buahan. Jangan terus masak sedap (kalau boleh yang sedap later lah), nanti dia nak sedap je amboi dia tu amboi.. “

” Yang nak diingat, perut baby tak pernah kenal apa-apa selain susu, jadi first meal dia jangan bagi banyak. Cukup 3-4 suap. Pastu tunggu dia buang air besar kali pertama selepas meal tu, baru proceed next meal. Macam Alisa it took her 2 days. So kita skip satu hari solid meal dan sekarang dia dah biasa dah boleh makan setiap hari.. “

” Kalau anak kemb0ng atau tak law4s, dia akan merag4m nak tidur. Masa tu boleh sapu minyak bayi dekat perut dia, dan bagi dia gripe water. Gripe water boleh beli dekat farmasi dan tanya pharm4cist. Bayi perut kemb0ng / susah law4s memang Mommynis akan cari gripe water dulu.. “

” Sentiasa utamakan diet terbaik dan pelbagai. Have fun mommies and daddies!.. “

View this post on Instagram

#ChefMommynis : Tawar —> Pahit / Payau —> Manis / Masam. Inilah yang Mommynis buat dengan Yusuf dulu bila mula-mula nak perkenalkan makanan dekat dia dulu. Mulakan dengan nasi kosong tawar untuk dia belajar telan2 dulu. Kemudian dia dah ada rutin makan (4-5 hari, ) dan pandai rasa lapar nak makan, perkenalkan sayuran pelbagai (2-4minggu, satu sayur satu minggu). Bila dah biasa dengan rasa sayur. Baru perkenalkan yang lebih manis sedap iaitu buah-buahan. Jangan terus masak sedap (kalau boleh yang sedap later2 lah), nanti dia nak sedap je amboi dia tu amboi. Yang nak diingat, perut baby tak pernah kenal apa2 selain susu, jadi first meal dia jangan bagi banyak. Cukup 3-4 suap. Pastu tunggu dia buang air besar kali pertama selepas meal tu, baru proceed next meal. Macam Alisa it took her 2days. So kita skip satu hari solid meal dan sekarang dia dah biasa dah boleh makan setiap hari. Kalau anak kembung atau tak lawas, dia akan meragam nak tidur. Masa tu boleh sapu minyak bayi dekat perut dia, dan bagi dia gripe water. Gripe water boleh beli dekat farmasi dan tanya pharmacist. Bayi perut kembung / susah lawas memang Mommynis akan cari gripe water dulu. Sentiasa utamakan diet terbaik dan pelbagai. Have fun mommies and daddies!

A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on

Rata-rata peminat memuji Hanis atas perkongsian nya itu. Antara komen-komen peminat :

” Eii pandainye dia makan.. Kalau anak aunti ni, memang jelu4k terus.. “

” Suke sangat tengok anis layan anak-anak dia.. Smooth spoken je.. Anak-anak pon nampak lembut.. Idola sangat ni.. “

” Tqqq mommynis.. Info yang sangat-sangat berguna.. “

” Mummy @haniszalikha dah lama sikit @thealisaaisyaah cakap nak makan salad.. “

” Pandainye mommyNis.. Adore sangat.. “

” Good parenting knowledge.. Inspiring nya nak jadi mak macam ni. Ehh.. “

” Simpan dulu tips ni. Lagi 2 bulan jengah balik time ‘Ulya dah boleh makan. Thank you mommy.. “

” Terima kasih segala tips mommy @haniszalikha tak sabar jugak nak bagi baby makan.. “

” Same impression baby daifa when taste her 1st solid food.. “

Pandai sungguh Hanis menjaga diet pemakanan anak-anaknya. Siap dikongsikan lagi untuk panduan ibu-ibu yang lain. Ini yang dipanggil beauty with brain. Memang sesuai sangat dengan Hanis. Beruntung Yusuf dan Alisa. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga Hanis Zalikha sentiasa di bawah lindunganNya dan berbahagia selalu.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..