” Ish ish tak main dengan dia pun, siapa kejar dia ntah haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Alisa Aisyah Bermain Kejar-Kejar Bersama Yusuf Iskandar Dan Kawan-Kawan. Gelagat Alisa Terkedek-Kedek Berlari Seorang Diri Begitu Mencuit Hati. Alahai Kesian Si Tada !!

Keakraban antara Yusuf Iskandar dan adiknya Alisa Aisyah sering dipertontonkan kepada peminat menerusi akaun Instagram mereka. Permata hati Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini menjadi kanak-kanak favourite peminat kerana wajah comel dan sikap yang dimiliki oleh mereka itu.

Yusuf sememangnya sudah terkenal dengan mulutnya yang petah dan fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Setiap patah perkataan yang disebutnya cukup jelas dan sedap didengar slangnya. Manakala Alisa baru sahaja setahun usianya dan masih dalam proses belajar untuk bercakap.

Alisa sudah pandai menyebut beberapa perkataan dan pandai mengaj0k balik perkataan yang disebut Hanis dan Yusuf. Baru sahaja beberapa hari lalu dikongsikan gelagat Yusuf mengajar Alisa menyebut perkataan ‘ Atok ‘. Gaya abang-abang Yusuf semakin terserlah sejak ada Alisa dan ini membuatkan dua beradik ini semakin diminati.

Meninjau akaun Instagram Alisa Aisyah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Yusuf serta Alisa sedang bermain bersama beberapa orang kanak-kanak lain di rumah. Mereka sedang bermain kejar-kejar dan Alisa turut sama berlari mengejar abangnya itu. Amboi beria Alisa kejar, abang-abang buat tak tahu sahaja haha.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Beria eh

A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on

Gelagat Alisa yang ikut berlari bersama Yusuf itu menghiburkan dan membuatkan peminat ger4m melihatnya. Alahai Alisa dia ‘seketul’ perempuan hendak juga join kaum adam bermain. Antara komen-komen mereka :

” Hahahahahaha pandai sgt dia nak main kejar kejar jugak. Dahla debak.. “

” Sian Alisa Main sorang. Si tada pun nak main kejar-kejar jugakkkk.. “

” Ishhhh lari diaaaa tue, terkedek-kedek comel sangat.. “

” Eeeee tegedek2 lari ek nasib comel tau.. “

” Ish ish tak main dengan dia pun, siapa kejar dia ntah haha.. “

” Alisa is the catcher? Alololoo comel sangat lari tu.. “

” Nobody run after her. Kes1an haha Alisa Alisa.. “

” Eyy comeyynyaaa pakai jersey !!! Real madrid duh.. “

Alisa punya berlari tu macam orang yang mengejar dia lagaknya padahal dia yang kejar orang, lucu si Tada ni. Seron0k sangat Alisa bila ramai kawan-kawan bermain datang ke rumah. Apa pun, semoga Alisa sentiasa dilindungi Allah dan membesar menjadi anak yang solehah dan cantik seperti mommy. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah, IG Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..