” Iras dan gaya menyanyi, cara menari sebiji ikut baba awak dik.. ” – Netizen

Video Pertama Kali Datuk Jamal Abdillah Berduet Menyanyikan Lagu ‘Gadis Melayu’ Bersama Anaknya, Zaki Yamani Raih Perhatian Ramai. Wow Gabungan Yang Mantap, Sedap Betul Suara Zaki !!

Mungkin ramai yang mengenali penyanyi muda, Zaki Yamani yang juga merupakan anak kepada Raja Pop iaitu Datuk Jamal Abdilillah ini. Semalam, Zaki dan Datuk Jamal Abdillah telah menjadi artis undangan menerusi rancangan MeleT0P.

Dalam rancangan tersebut sedikit sebanyak telah dikongsikan oleh Zaki mengenai bagaimana bermula kerjayanya dan cara membina namanya sendiri di laman media sosial. Bahkan jika dilihat menerusi temubual, Zaki kelihatan sangat matang ketika menjawab pertanyaan daripada Nabil dan Uyaina selaku pengacara.

Manakala di akaun Instagram Zaki pula, telah berkongsi satu video ketika Zaki pertama kali berduet bersama Datuk Jamal Abdillah dengan membawa lagu ‘Gadis Melayu’. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet untuk menontonnya.

Ramai yang menyatakan bahawa Zaki ini mempunyai bakat yang besar dalam bidang seni suara. Bahkan peminat mengakui gaya Zaki ketika menyanyi saling tidak tump4h seperti baba kesayangannya. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Zaki telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video Datuk Jamal dan Zaki berduet dan memuji gabungan suara anak-beran4k ini sangat merdu didengar. Antara komen-komen menarik adalah :

” Iras dan gaya menyanyi, cara menari sebiji ikut baba awak dik. Sump4h memang sedap sangat suara Zaki ni.. “

” Wah gabungan yang mant4p lah. Zaki ni memang ada masa depan yang cerah dalam bidang nyanyian, aura dia lain macam.. “

” Betul, ke mana kuah kalau tak tumpah ke nasi, memang gaya Zaki sebiji macam Datuk Jamal masa muda-muda lah, gaya menyanyi pun sama.. “

” Macam adik beradik, hakikatnya dua beran4k. Terbaikkk lah, In syaa Allah lepas2 ni boleh duet ngan Baba selalu ye.. “

” Sedap suara Zaki, suka tengok semalam cara Zaki dan Datuk Jamal jawab semua pertanyaan, memang sangat profesional.. “

” Versi zaman Azura lah Zaki ni, hehe sebiji macam Datuk Jamal. Semoga Zaki lepas ni akan berjaya dalam bidang seni.. “

” Suara Datuk Jamal sukar dicari ganti.  Hendsome nya anak Datuk yang sorang ni, sekali pandang macam anak Korea.. “

” Pergh dah sama tinggi dengan bapak ehhhh. Dah besarrr dah Zaki sekarang, tak nampak macam umur 16 tahun pun.. “

Wah memang merdu lah suara Zaki menyanyi, patut lah ramai yang puji. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Zaki akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

Tonton video penuh di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG zakiyamani, melet0p, Youtube MeleT0P

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..