” Ini lah muka mummy cheq bila mar4h, sebijik.. ” – Jebat Jayden
Sharnaaz Ahmad Kongsi Gambar Anaknya Jebat Dengan Mimik Muka Yang Buat Ramai Terhibur. Namun Komen Balas Daripada Noor Nabila Tarik Perhatian Ramai. Alahai Sempat Lagi Kan Usik Bella, Comel Jer !!
Kisah rumah tangga antara pelakon tampan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila akhirnya sudah terjawab. Mereka telah disahkan berp1sah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Sharnaaz juga turut berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Meskipun sebelum ini Sharnaaz dan Nabila mempunyai masalah rumahtangga, mereka masing-masing tidak melibatkan hal anak mereka dalam situasi mereka. Malah sama-sama dengan baik menjaga anak lelaki tunggal mereka iaitu Jebat Jayden.
Jika dilihat menerusi Instagram milik Sharnaaz sering berkongsi pergi melawat anaknya di rumah Nabila. Kemesraan Jebat dan Sharnaaz dapat dilihat menerusi video-video yang dikongsikan. Gelagat Jebat juga seringkali menghiburkan ramai.
Hasil tinjauan di Instagram, Sharnaaz telah berkongsi satu gambar anaknya, Jebat. Sempat lagi Sharnaaz menyakat bekas isterinya di kapsyen. Boleh pula mimik muka Jebat yang sedang membuang ‘hajat’ Sharnaaz samakan seperti mimik muka Noor Nabila ketika mar4h. Alahai comel je gurauan ni.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah :
Rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen Sharnaaz itu dan ada yang turut mendoakan semoga Sharnaaz dan Nabila kembali bersatu. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Mar4h ka atau tgh mener4n sesuatu ni ? “
” Muke dia bila meraj0k sebijik muke babah dia.. “
” Muka m4rah pun sejuk je tengok  comey lahai je.. “
” Kalau mar4h, muka mommy. Kalau maj0k, muka daddy eh? “
” Haha.. comel ja Jebat buat muka macam tu.. “
” Ya Allah satu kan kembali sharnaaz dan nabila. Lembutkan hati mereka. Moga mereka dpt menjadi psangan yg bahgia hingga akhir hayat amin.. ”
” Semoga baba Jebat dan mommy ada jodoh kembali.. “
Namun kapsyen Sharnaaz itu juga turut mendapat respon daripada Nabila.
Haha sempat lagi Sharnaaz menyak4t Nabila. Alhamdulillah, seronok tengok mereka berbaik, walaupun tidak lagi sebagai suami isteri, mereka tetap bersahabat baik untuk membesarkan anak tersayang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Jebat membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..