” Ingatkan tidoq, dok tunggu bunyi dengkur Minah selamat.. “

Elly Mazlein Throwback Video Ketika Sesi Bergambar Sebelum Majlis Akad Nikah. Kapsyen Kak Lina Dengan Part Mulut Juih Tu Kelakar Sungguh. Seks1 Habisss !!!

Majlis perkahwinan pelakon cantik Elly Mazlein sudahpun berakhir dan menjadi memori indah buat semua. Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom kini sudahpun bergelar isteri buat jejaka pilihan Mohamad Azlan atau Cikgu Azlan.

Banyak perkongsian gambar dan video yang dirakam oleh lensa media dan jemputan memenuhi segenap ruangan akaun sosial kerana istimewa dan meriahnya majlis itu. Kak Lina yang kelihatan manis di dalam semua majlis menyerikan lagi hari bahagianya itu.

Dekorasi dewan, tema majlis berinai, majlis akad nikah dan majlis resepsi semuanya menjadi bualan netizen. Susunan dan kekemasan majlis membuatkan segalanya berjalan dengan lancar. Seri wajah pengantin baru Kak Lina juga terpancar di wajah cantiknya itu.

Menerusi akaun Instagram, Kak Lina Pom Pom telah berkongsikan satu video rakaman yang diambil ketika beliau sedang membuat sesi bergambar. Yang menjadi perhatian adalah gaya dan mimik muka yang digayakan oleh Kak Lina ala-ala Mona Kampung People. Adui Kak Lina ada sahaja lawaknya.

Jom tonton video di bawah :

” Nak tanya je .. Bile Amik bideo memang kena buat molot macam tu ye.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Hahahha .. Tapi cantikkk.. “

” Ingat tengah tido.. Selamat tak berdengkur.. “

” Sebab mulut tu comellll jerr.. “

” Comel lah elly ni.. Sexyy wat mulut gituuu aaaa.. “

” Haahaahhaha adoiii caption tak pernah tak lawak.. Haihhh.. “

” Bibir kebas.. “

” Ingatkan tidoq, dok tunggu bunyi dengkur Minah selamat.. “

Walau bergaya macam mana sekali pun, Kak Lina tetap nampak cantik jelita gituuu. Lagi-lagi dengan gaya bibir juih ni memang teringat-ingat la lakonannya dalam Kampung People tu. Boleh tergolek-golek ketawa ingat aksi dengkur Kak Lina tu. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan segalanya yang terbaik buat Kak Lina. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..