” Siap remind mommy ye Wira.. Allahu. Apa pandai sangat ni.. “

Video Aksi Ardy Wira Massage Ibunya Betty Rahmad Buat Peminat Terhibur. Part Tunjuk Jari Minta Upah Tu Mak Aii Comel Sangat. Ger4mnya Tengok Teletubbies Ni, Kiut !!!

Wajah si cilik ini sering menjadi tumpuan ramai kerana kecomelannya. Diberi nama Ardy Wira, anak kepada pelakon Betty Rahmad ini menjadi salah seorang anak selebriti yang popular di Malaysia. Sebagai rekod, Betty merupakan adik kepada pengarah Erma Fatima dan aktress Umie Aida.

Betty mengahiri zaman bujangnya dengan menikahi jejaka bernama Ardy Damis pada 4 Februari 2018. Ardy Wira dilahirkan pada tanggal 19 Januari 2019. Semenjak dilahirkan lagi, wajah Wira menjadi perhatian peminat kerana reaksinya yang suka tersenyum apabila memandang lensa kamera.

Memiliki akaun Instagram miliknya sendiri, sehingga kini Ardy Wira memiliki 172 ribu pengikut. Setiap perkembangannya dikemaskini di akaun ini dan juga di akaun Betty. Sudahpun menginjak usia setahun, telatah dan kebijaksanaan Ardy Wira semakin jelas kelihatan.

Menerusi akaun Instagram Ardy Wira, telah dikongsikan satu video rakaman di mana kelihatan Wira sedang memicit-micit kaki ibunya Betty Rahmad. Telatahnya yang comel buat netizen tertawa apatah lagi part minta upah dengan menunjukkan jari jemarinya yang m0ntel itu.  So kiut la sayang !

Jom tonton video di bawah :

” Tolong massage kaki mommy bodek sikit mana tau dapat hadiah helicopter #ardywira #12monthsold.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Meh kerja kat KHATULISTIWA Hairspa … Aunty bayar triple hehehe.. “

” Wah ….. Bagus ada tukang urut lah.. “

” Ya Allah soooo cute la wira.. Pandainya dia… Napela buat jiwa auntie rindu nak tengok awak tiap hari.. “

” Clever boy… So sweet laa wira ni.. “

” Siap pesan tu mommy, pakai isyarat je ehk, upah jangan lupa ea.. “

” Dia buat house call tak? Nak pinjam tukang Urut ni please.. “

” Siap remind mommy ye wira.. Allahu… Ape pandai sangat ni.. “

” Cute! Pandai bodek mummy!.. “

Comel betul Wira ni ger4m nak cub1t-cub1t pipi gebu tu. Dah la pemurah dengan senyum, pandai lak tu membodek. Such a cute boy la Wira. Overd0se comel. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Wira sentiasa di bawah lindungan Allah dan membesar dengan sihat di samping keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ardy Wira by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..