” Ingatkan Mira yang menyanyi, power lip sync.. ” – Amira Othman

Mira Filzah Buat Video Muzik Lagu Filem Devdas. Wahhh Nampak Real, Dah Macam Madhuri Dixit, Cantik Sungguh !!

Khabar angin tentang majlis pernikahan pelakon Mira Filzah semakin hang4t diperkatakan. Sehingga kini peminat masih lagi berteka-teki tentang wedding of the year ini. Mira sudahpun mengesahkan dirinya sudahpun menjadi tunangan Wan Emir Astar baru-baru ini.

Ibu kepada Wan Emir juga iaitu Datin Mastura Yazid juga turut sama memberitahu perbincangan antara keluarga sudahpun berlangsung dan meminta semoga semua mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Baru-baru ini dilaman Instagram story perunding perkahwinan terkenal, Reka Teemor ada berkongsikan kehadiran Mira bersama ibunya untuk satu sesi perbincangan.

Mira yang ditanya pihak media memberitahu persediaan memang sudah berjalan dan hanya beberapa perkara sahaja lagi yang perlu diselesaikan. Nampaknya sudah semakin hampir majlis bersejarah Mira dan Emir. Pasti meriah dan jadi kenangan terindah untuk Mira.

Meninjau akaun Instagram Mira Filzah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mira membuat lip sync menyanyikan lagu Hindustan daripada filem Devdas. Mira memang terkenal dengan video miming Hindustannya. Uqasha Senrose juga pernah menjadi peneman Mira membuat satu video Hindustan dulu.

Jom tonton video di bawah :

Video miming Mira ini menarik perhatian ramai netizen. Pandai sangat miming Hindustan bakal pengantin ni. Antara komen-komen mereka :

” Ingatkan Mira yang nyanyi !!! Powerrrr lip sync.. ” – Amira Othman

” Ini berangan next level weh, i likeeeeee.. LOVE TEROKKKK. you’re toooooo pretty !.. “

” Huyyo… kuatnya bunyi gelang. Very attractive.. “

” Perrrghhhhh in luv gila dgn lgu ni.. tak sgka kt malaysia pun kita ada madhuri dixit.. “

” Nanti kahwin mesti mira pilih malam berinai bollywood kan kan.. “

” Wow canteknya sweet sweet mira filzah cantekkan.. “

” Rindu aaa tngok mira miming lagi, sooooo pretty.. “

Kalau tengok dari bibir Mira tu memang ingat Mira yang nyanyi. Sama betul pergerakan bibir tu dengan lirik lagunya. Memang betul-betul h4ntu Hindustan lah Mira ni. Apa pun, semoga Mira sentiasa gembira, success selalu dan dipermudahkan untuk ke jinjang pelamin. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..