” Ingatkan berlakon tadi, rupanya betul lah.. ” – Netizen

Pelakon Drama Sabarlah Duhai Hati, Iman Suhana Kongsi Berita Kehamilannya Yang Kedua. Wah Dah Tak Lama Lah. Cute Je Baby Bump Tu !!

Namanya mula menjadi sebutan ramai peminat apabila watak Nadia yang dibawakannya dalam drama Sabarlah Duhai Hati berjaya mengundang ‘kebenc1an’ peminat terhadap watak tersebut. Selain itu, Iman juga antara pelakon yang menjayakan drama Takdir Yang Tertulis.

Bertubuh kecil molek, Iman sudahpun bergelar ibu kepada seorang anak perempuan. Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Iman Suhana, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Iman.

Pada gambar pertama, kelihatan gambar Iman berseorangan dengan tangannya memegang perut. Rupanya Iman kini sedang hamil anak kedua yang mana kandungannya itu telahpun berusia 5 bulan. Ini turut dinyatakan Iman dalam kapsyen posting ini.

Iman turut memohon doa yang baik-baik untuk dirinya dan bayi dalam kandungannya ini. Alahai kalau Iman tidak memberitahu, mungkin tidak ada yang perasaan Iman sedang hamil. Tuannya maintain halus dan kurus sahaja walaupun berbadan dua.

Jom baca perkongsian di bawah :

Pended4han oleh Iman ini telah dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Alhamdulillah, so happy for you gurl. Maya nak dapat adik la hehe, tukar status jadi kakak lah dia lepas ni.. “

” Oh my god, Elvina dia betul betul la preggie. El cepat Ek, comeynya iman.. ” – Nad Zainal

” Alhamdulillah congratulations mummy Iman. Semoga Allah permudahkan semua urusan sepanjang hamil sampai selamat melahirkan nanti.. “

” Wow congratulations kak Sue. Alhamdulillah syukur for second baby, may Allah bless u dear. Comel je baby bump dia, kecik comey lotey macam mommynya.. “

” Tahniah Iman. semoga dipermudahkan segala urusan Iman dan baby. ingatkan berlakon tadi, rupanya betul lah. Cute je baby bump.. “

” Aww so cute baby bump. Take care and semoga Allah permudahkan semua urusan Iman. Tak sabarnya nak tengok adik Maya.. “

” Tahniah Iman, alala comelnya lah baby bump tu. Alahai kecilnya comel pulak tengok perut. Semoga sihat sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.. “

Memang nampak berseri-seri dan makin comel Iman apabila mengandung sebegini. Kecil dan cute je baby bump nya tu. Semoga Iman dipermudahkan semua urusan dan tahniah daripada kami di Berita Kopak atas perkhabaran gembira ini. Take care dan stay safe selalu Iman.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Iman Suhana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..