” Ingat Ernie tadi, cantik sangat Keisha bila makeup.. ” – Netizen
Gambar Hasil Tangan Juru Solek Terkenal Sahir Sabri Menata Rias Wajah Anak Nabila Huda, Keisha Laila. Wah Makin Lawa Anak Dar4 Abil Ni. Sekilas Pandang, Macam Muka Ernie Zakri. Nasib Tak Tertukar !!
Umum mengetahui anak kepada lagenda rock negara Amy Search, Nabila Huda mempunyai seorang anak perempuan bernama Keisha Laila. Mesra dengan panggilan Keisha, si cantik manis ini telahpun memasuki fasa remaja.
Sangat akrab dengan mummynya ini, banyak aktiviti yang dilakukan mereka bersama dikongsikan di Instagram masing-masing. Keisha juga cucu manja kesayangan Amy Search. Sama seperti mummynya, Keisha merupakan seorang yang happy go lucky.
Meninjau akaun Instagram juru solek terkenal Sahir Sabri, telah dikongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan wajah Keisha setelah disolek olehnya. Hasil tangan Sahir yang kemas ini menata rias wajah Keisha dan hasilnya nampak cantik dan berseri-seri.
Sekilas pandang, ramai peminat yang menyangka gambar ini adalah penyanyi bersuara merdu, Ernie Zakri dalam versi free hair. Hampir sama wajah Keisha dengan Ernie terutamanya pada bahagian hidung dan mulut.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telahpun meraih lebih 500 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen :
” Muka she keluar dalam instagram sahir ok. Kemaen she dah lock uncle sahir last month tau haha. Thank you uncle sahir.. “
” Cik Abil ke tu Abil sangat ni hehe, wow la cantik sangat. Macam Ernie Zakri plus Nabila Huda la Keisha bila makeup.. “
” Cantiknya dia, muka macam Ernie Zakri. Ingat Ernie tadi, cantik dan manisnya love sangat tengok.. “
Terlihat juga rupa Nabila dalam look Keisha ini. Mummynya cantik, anaknya juga tak kurang comelnya. Seperti Abil zaman remaja dahulu pun ye. Bak kata pepatah, mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi.
Semakin meningkat remaja semakin cantik Keisha. Semoga Keisha menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapa, menjadi anak yang solehah dan sentiasa gembira bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG SahirSabri, IG Keisha Laila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..