” Emelia tak nak dengar, tutup telinga terus Emelia. Haha.. ” – Netizen

Video Reaksi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan Anak-Anaknya Ketika Datin Dr Halina Kongsi Berita Hamil Lagi Buat Warganet Terhibur. Alahai Happy Betul Semua, Tapi Emelia Tu Dah Kenapa. Gambar Last Tu Adakah Bakal Kembar Lagi !!

Angkasawan negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor sememangnya mengimpikan mempunyai anak-anak yang ramai. Menikahi Datin Dr Halina, perkahwinan mereka dikurniakan dengan 2 pasang kembar dan 2 orang anak perempuan.

6 orang cahayamata ini menceriakan kehidupan Dato’ Dr Sheikh, sekalipun jadualnya penuh seharian dalam menguruskan keenam-enamnya. Namun seringkali diselit gurauan dalam postingnya meminta untuk Datin Dr Halina mengandung lagi.

Siapa sangka, permintaan ini dimakbulkan oleh Allah. Meninjau akaun Instagram Dato’ Dr Sheikh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Dato’ Dr Sheikh dan ke semua anak-anaknya apabila Datin Dr Halina membisikkan tentang berita kehamilannya.

Gembira sampai melompat-lompat semua anak-anak Dato’ Dr Sheikh ini. Gelagat Emelia yang pada awalnya menutup telinga dan tidak mahu mendengar Eusoff berbisik di telinganya mencuit hati warganet. Alahai comelnya Emelia.

Jom tonton video di bawah :

Baru beberapa jam dikongsikan, perkongsian oleh Dato’ Dr Sheikh ini telahpun mendapat hampir 40 ribu likes dan lebih seribu komen daripada warganet. Ucapan tahniah diberikan dan antara komen-komen mereka :

” Emelia tak nak dengar haha, nak stay bongsu kot. Tutup telinga terus Emelia. Emilia be like no no I dont want to hear that.. “

” Alhamdulillah, congrats Dr Sheikh & Dr Halina. Emelia is soo cute, she want to stay as the last one.. “

” Alhamdulillah… congratulations. such a good news on Friday… hahah.. last tu wah twin jugak ke tu, ramai lah rakyat lepas ni.. “

” I always love to see all the kids…. especially the cheeky Emylia. Alhamdulillah syukur, Tahniah doc, Happy Family anak2 pun enjoy sama.. “

” Kita yang terharu menitis airmata tahniah Dato and Datin sekeluarga. Impian anak ramai tercapai juga ye. tahniah tahniah, moga dipermudahkan segalanya.. “

” Alhamdulilah, congratulations, baby 7 & baby 8 are on the way. Ingat lagi masa mula2 kwen DR kt nak anak 10.. Alhamdulillahh suka tgok family hebat ni.. “

” MasyaAllah.. kami semua yg tgk video ni pun tumpang happy sekali. Yang last² tu Comellll sebab dah tak jadi bisik. Dr Halina tambah lagi Rezeki ya.. “

Alhamdulillah, bertambah lagi kemeriahan keluarga besar Dato’ Dr Sheikh dan Datin Dr Halina. Baby 2023 bakal mewarnai lagi keluarga ini. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Datin Dr Halina dan tahniah daripada kami di Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheikh Muszaphar Shukor, IG Dr Halina

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..