” Indah nama seindah rupanya.. “
Bonda Dato’ Aliff Syukri, Rozita Ibrahim Dedahkan Nama Cucunya Yang Terbaru. Subhanallah Indah Sungguh !!
Siapa tidak kenal dengan pengasas Sendayu Tinggi, Bonda Rozita Ibrahim. Terkenal dengan buatan jamu dan rumah hutan yang dihasilkannya sendiri, sememangnya nama Bonda Rozita tidak asing di Malaysia. Dilahirkan di Sungai Besar Selangor, beliau merupakan anak sulung daripada enam adik beradik.
Umum mengetahui Bonda Rozita adalah ibu kepada usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri. Hubungan erat Bonda Rozita dengan anak-anaknya umum dikeahui ramai. Sering bercerita dan berkongsi aksi-aksi dan perangai sebenar ketika mereka bersama, seringkali perkongsiannya mendapat perhatian peminat.
Bonda Rozita juga merupakan ibu mertua merangkap tempat meluahkan perasaan menantu kesayangannya Datin Shahida. Jadi tidak hairanlah, Bonda Rozita sering berada bersama Datin Shahida walau apa jua keadaannya. Terkini setelah Datin Shahida melahirkan cahayamata yang kelima, Bonda Rozita menziarahi menantu dan cucunya itu.
Menerusi akaun Instagram, Bonda Rozita memuatnaik beberapa keping gambar cucu terbaharunya iaitu anak kepada Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida yang baru sahaja dilahirkan beberapa hari yang lepas. Beliau juga turut mengumumkan nama cahayamata yang comel itu. Beruntung ada nenek yang penyayang macam Bonda Rozita ni,
Jom tengok kapsyen Bonda Rozita dibawah :
” Sempat sy snap gambar baby senyum.. “
” Mood Abah paling hapy dapat anak perempuan.. “
” Kami sedih muka Yusuf jelez dan tarik diri menyendiri dengan Raudah Arshiyah nama baby baru family kami.. “
Rata-rata netizen yang turut sama bergembira meninggalkan komentar di ruangan komen. Antara komen-komen netizen :
” Didoakan cucu bonda yg cantik.. Raudhah akan menjadi anak solehah bermanafaat pada ummah.. Aamin ya Mujib ya Arhamarrahimin… “
” Comei…. Anak dari syurga…. Semoga membesar jadi anak yg solehah.. “
” Indah nama seindah rupanya.. “
” Subhanallah comel nya.. Nama pun sedap,, “
” Raudah Arshiyah.. “
” MasyaAllah comelnya baby.. “
” Comeinyee cucu bonda.. Tahniah bonda.. “
Indahnya kelahiran Raudah Arshiyah yang sememangnya dinanti-nanti seluruh keluarga. Melihat wajah tulus anak syurga umpama mencium haruman syurga. Amanah dan tanggungjawap dari Allah. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah diatas kehadiran cucu terbaharu dan semoga Raudhah membesar dengan sihat.. Aamiin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozita Ibrahim by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..