” Wah sweet sangatt ni.. “

Elly Mazlein Kongsi Video Misi Mencari Barang Hantaran Bakal Suaminya. Namun Suara Manjanya Jadi Tarikan. Oh Cair !!

Sharifah Aida Mazlina atau lebih dikenali dengan nama komersilnya Elly Mazlein bukanlah suatau nama baharu dalam dunia hiburan tanahair. Anak kelahiran Slim River Perak ini mula berkecimpung di dalam bidang seni melalui bidang nyanyian dimana albumnya berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia paling laris jualannya pada tahun 2001.

Dengan rekod jualan 60,000 unit, nama Elly naik setaraf dengan penyanyi popular lain waktu itu. Lagu nyanyian nya Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan dan Bungaku Bakawali menjadi siulan peminat dan melet0p di corong-corong radio. Menerusi dunia lakonan, Elly disunting pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam bagi menjayakan drama Gerak Khas.

Menyingkap tabir peribadinya, Elly pernah mengalami kegag4lan dalam rumahtangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 2015. Hasil ikatan ini, Elly dikurniakan seorang cahayamata diberi nama Putri Sara Sefhia. Terkini Elly memberikan khabar gembira apabila melangsungkan majlis pertunangannya yang meriah dan perkahwinannya dijangka Januari 2020.

Menerusi akaun Instagram, Elly Mazlin memuatnaik videonya bersama bakal suaminya itu. Namun seperti biasa, wajah bakal suaminya itu yang digelar papa tidak ditonjolkan. Hanya penampakan rambut sahaja sebagaimana posting terdahulu. Namun yang mencuri perhatian peminat adalah kemanjaan dan kelembutan suara Elly berbicara dengan tunangnya itu.

Jom tengok video dibawah :

” Misi mencari hadiah hantaran untuk #PapaAwanNano.. “

” Sebelum ni papa #AwanNano belikn kepom rumah Dan ari ni kepom pulak nak bagi papa #AwanNano hadiah (Part 2).. “

” Hadiah apakah ituhhhhh???? Katanya macam da buat pilihan??.. “

View this post on Instagram

Jommmmm dgr jawapan papa di YouTube Channel #DuniaEllyMazlein skrg yaπŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹ . Misi mencari hadiah hantaran utk #PapaAwanNano . Sblum ni papa #AwanNano belikn kepom rumah Dan ari ni kepom pulak nak bg papa #AwanNano hadiah (Part 2) . Hadiah apakah ituhhhhh???? Katanya mcm da buat pilihan?? . Jommm ke Channel YouTube #DuniaEllyMazlein skrg .. Lepas da tgk jangan lupa subscribe & tekan notification utk tahu perjalanan Dunia Elly Mazlein . Ada byk akn kakak lina share nnti.. pastikn anda yg terawal tahu smua cerita psl kepommm ya ❀❀❀ . InsyAllah klu ada rezki lebih, mngkin ada hadiah🎁 suka2 anje2 utk anda .. jommmm subscribe skrg .. terima kasih ❀ . Bole komen di bwh video ini di YouTube Channel #DuniaEllyMazlein skrg ya . Kakak lina nak pilih 5 org yg bertuah utk dpt duit belanja RM200 bole la buat tambah2 beli brg sekolah anak . KAKAK LINA AKAN PILIH PEMENANG YG BERTUAH MELALUI KOMEN ANDA DI YOUTUBE CHANNEL #DUNIAELLYMAZLEIN SAHAJA..JOMMMMM KOMEN DI SANA .. SYARATNYA HANYA SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL #DUNIAELLYMAZLEIN πŸ’•πŸ’•πŸ’• . JANGAN PRIVATE IG ANDAπŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Rata-rata peminat yang meminati dan mengikuti perkembangan Elly Mazlein ini turur meninggalkan komentar. Antara komen-komen peminat :

” Salute you kak! Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga akak. Semoga anak dara akak membesar dgn baik. Sentiasa dlindungi. You such a strong mom. To papaawannano jaga kaklina baik baik ya! If not I temb4k kalau sak1ti hati kaklina lagi hehehe gurau! Congrats akak for your beautiful wedding. Semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke Jannah aminnnnnnnn.. “

” Seronok kan bile dapat rasa bahagia dalam jiwe… Bahagia dalam memberi dan menerima… Moga kak lina bahagia sampai bebila doakan saya juge.. “

” Kak lina pompom dapat juga cari kebahagiaan dia.. Tahniahhhh.. “

” Wah sweet sangatt ni.. “

” Ni mesty hadiah kat papa awan nano superbike.. “

” Okeyy mama . Jangan asam pedas je tau.. “

” Alahaii dari dulu memang suka dengar cara kak lina bercakap.. “

” Kak lina sangat-sangat lembut bercakap… Aduhhh.. “

” Kak lina memang peramah ya. Lembut je cara cakap. Semoga bahagia milikmu kali ini hingga jannah.. ”Β 

Siapa sahaja yang tak cair dengan suara lembut dan manja Elly Mazlein ini. Dengan wajahnya yang comel, bibir munggil pasti sesiapa sahaja terpesona melihatnya apatah lagi dapat berbicara bertentang mata. Beruntung papa awan nano. Kami di Berita Kopak mendoakan yang terbaik buat Elly dan tunangnya dan semoga selamat hingga ke jinjang pelamin… Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..