” Imam masjid yang hebat pun puji suara bang long Danish.. ” – Netizen

Video Anak Norman Hakim Dan Abby Abadi, Danish Hakim Mengaji Dalam Program Geng Ngaji Musim 3 Raih Perhatian Ramai. Merdunya Suara Danish Mengaji, Tajwid Pun Betul. Dapat Pujian Imam Sheikh Abdul Karim Almakki Lagi !!

Rancangan Geng Ngaji sudah pun memasuki musim ke 3. Bersiaran secara langsung di Astro Oasis dari jam 5.30 petang sehingga 7.00 malam, sudah ramai selebriti yang menjadi tetamu undangan rancangan ini.

Sebagaimana yang diwar-warkan oleh pengacaranya, Fahkrul Unic, untuk siaran hari Khamis 14 April, tetamu undangan yang terpilih adalah anak kepada pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim.

Meninjau akaun Instagram Danish Hakim Official, telah dimuatnaik sedutan video ketika Danish ke udara bersama Fakhrul, Farharul Fairuzah dan Sheikh Abdul Karim Al-Makki. Surah yang dipilih untuk bacaan Danish merupakan surah An-Nahl ayat 12.

Bacaan Danish yang jelas dan betul semua tajwidnya ini serta suaranya yang merdu mendapat pujian daripada Sheikh Abdul Karim Al-Makki. Wah sampai Imam pun tanya bila boleh menjadi makmum Danish.

Jom tonton video perkongsian di bawah :

Sehingga kini, video perkongsian oleh Danish ini telahpun mendapat lebih 3000 likes daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Fuh imam masjid yang hebat pun puji suara bang long danish. siap dapat mumtaz lagi. bangga lah norman dan abby ada bang long macam ni . terbaik Danish.. “

” Terbaiklah Danish Hakim, sejuk perut ibu yang mengandung kan abang Danish Hakim. So proud.. Bangga Norman dan Abby.. “

” Masya Allah, suara sedap dan mantap. Hebat Danish, tahniah semoga terus berjaya dan menjadi ikon belia cinta Al-Quran.. “

” Angkat besi tak turun-turun hehe. sempat lagi kena usik, done tunjuk tokmak. Subhanallah Masyaallah Tabarakallah Danish. contoh terbaik anak muda.. “

” Sejuk perut kak Abby Abadi melahirkan Danish. Sopan, lembut tutur kata, pandai mengaji, siapalah yang bertuah jadi makmum Danish nanti.. “

” Tahniah, semoga terus berjaya. Alhamdulillah syabas Danish hakim, anak soleh buat Norman Hakim dan Abby Abadi.. “

” Asuhan dan didikan yang baik dari norman dan abby, dah terbukti dan nampak hasilnya sekarang pada danish. Anak yang cintakan Alquran semoga menjadi asbab dan ladang pahala buat mama dan papanya. Aamin.. “

Alhamdulillah, memang sedap mendengar alunan suara Danish. Walaupun hanya sekadar satu ayat sahaja, bacaannya jelas dan tenang didengar. Semoga Danish terus menjadi pencinta Al-Quran dan ikon anak muda yang baik tidak hanya untuk adik-adik malahan semua yang mengikuti Danish juga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Danish Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..