” Hilang stress kelakar betul Kak Lina. Yang skema pun jadi masuk air, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Ely Mazlein Bersama Kumpulan VE Ketika Menerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak Mencuit Hati Penonton. Ad0i Lah Kak Lina Pulak Nak Jadi Anggota Ke 5 Kumpulan VE. Excited Betul Kak Lina, Baju Pun Dah Sama Warna. VE Pun Layan Je, Hehe !!

Konsert Gegar Vaganza Musim 9 minggu ke 9 telah pun berlangsung semalam dan menyaksikan Asheed Def Gab C tersingk1r di peringkat suku akhir ini. Seperti biasa, hos Elly Mazlein dan Nabil Ahmad menggamatkan suasana dengan telatah lucu mereka berdua.

Sebagaimana minggu-minggu sudah, 3 anugerah akan diberikan pada peserta terpilih iaitu Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak, Anugerah Juara Next Level Digi dan Anugerah Bintang Memukau Adabi.

Kumpulan VE dipilih sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak dan apa yang mencuit hati adalah gelagat Kak Lina bersama kumpulan VE. Memakai baju sedondon berwarna putih, giliran Kak Lina pula menjadi ahli baru kumpulan VE.

Ketika diumumkan sebagai pemenang, laju Kak Lina berlari naik ke pentas bersama ahli kumpulan VE yang lain. Amboi Kak Lina, excited betul kali ni. Sambil melaung ayat ‘ kita menang, kita menang ‘ dan ketawa membuatkan penonton di auditorium tergelak melihatnya.

Jom tonton video di bawah :

Video gelagat Kak Lina ini mendapat perhatian daripada warganet dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tengok Gegar Vaganza dah macam tengok Raja Lawak. Asyik gelak je, mungkin sebab aku mudah terhibur haha.. “

” Saya suka, saya suka haha. Memang hari Ahad tak pergi mana-mana sebab sangat terhibur dengan gelagat Kepom dan Nabil.. “

” H1lang stress haha, padu-padu kelakar betullah Kak Lina Kepom ni. ada dia je terus ceria, yang skema pun jadi masuk air hahah.. “

Sememangnya kehadiran Kak Lina di pentas Gegar Vaganza musim ini membawa kelainan dan Kak Lina ada gaya pengacaraannya tersendiri. Lumrah ada yang suka dan ada yang kurang senang, namun rata-ratanya terhibur melihat telatah Kak Lina.

Minggu ini penuh dengan jenaka sehinggakan penonton di auditorium dan di rumah tak kering gusi dibuatnya. Minggu depan tentu semakin meriah pentas GV di minggu separuh akh1r. Apa lagilah agaknya yang akan dilakukan oleh pengacara sensasi ini, sama-sama kita tunggu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bo0m.malaysia, IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..