” Hebatnya rumah, terpegun tengok.. ” – Netizen

Kongsi Video Majlis Di Rumahnya, Namun Ramai Yang Terpegun Melihat Rumah Mewah Azrinaz Mahzar Hakim. Lagi-Lagi Ruang Solat Yang Dihiasi Dengan Karya Seni Dinding ‘A Journey Of Hajj ‘, Nampak Begitu Klasik !!

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim telah melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid beberapa tahun lalu. Menerusi perkahwinan kedua ini, Azrinaz telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Umum mengetahui Azrinaz sebelum ini pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Hasil perkahwinan itu Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Meninjau di akaun Instagram, ketika bulan ramadan baru-baru ini, Azrinaz telah berkongsi video mengadakan satu majlis di rumahnya. Kelihatan sanak saudara, sahabat dan jemputan anak-anak tahfiz turut hadir. Namun yang mencur1 tumpuan adalah dekorasi rumah Azrinaz.

Bermula dari halaman rumah sehinggalah ke dalam rumah, dekorasi dan ruang sudut dilihat sangat mewah dan elegant. Sehingga kini video yang dikongsikan oleh Azrinaz itu telah ditonton lebih 50 ribu tontonan sejak dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Azrinaz dan dalam masa yang sama memuji kecantikan rumah Azrinaz. Antara komen-komen warganet adalah :

” MasyaAllah cantik rumah, hebat, terpegun tengok. Kagumnyaaaaa yg buat lakaran di dinding ruang tamu tu, wowwwww sangat.. “

” Doakan saya dapat ikut jejak langkah CP, dah lama pasang niat nak buat macam ni dengan semampunya bila dah ada rumah sendiri nanti. Btw cantik lah design rumah, suka sya tengok.. “

” Alhamdulillah, suka tengok majlis macam ni. Selamat hari raya, semoga kita dapat bertemu lagi bulan mulia ini tahun hadapan.. “

” Nice lah, suka tengok halaman rumah, nampak lapang dan tenang. Ruang untuk solat berjemaah pun luasnya, masyaAllah.. “

” Cantiknya, setiap ruang rumah. Betul, sed1h sbb bulan ramadan tahun ni rasa kejap sangat dan pergi dengan mengej0t.. “

” Hanya mampu cakap wow tengok lakaran tu, subhanaallah mesti orang yang buat ni sangat bijak dan berkemahiran.. “

” Cantiknya, kalau tak bagitahu msti ingat CP ambik gambar di mana-mana, rupanya hanya di rumah. Super lah.. “

Memang cantik lah rumah Azrinaz, terpegun melihat dekorasinya yang lain daripada yang lain. Apa-apa pun, semoga Azrinaz akan terus bahagia bersama suami dan anak-anak serta terus berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..