” Hebat lah Memey, semua nampak sedap-sedap.. ” – Netizen

Kongsi Video Berbuka Puasa Beramai-Ramai, Namun Juadah Yang Disediakan Oleh Memey Suhaiza Raih Pujian Warganet. Wah Banyak Betul Menu, Dah Macam Kat Hotel. Katanya Memey Masak Sendiri Semua Tanpa Bantuan Sesiapa, Hebat Lah !!

Bagi yang mengikuti selebriti Memey Suhaiza dan juga merupakan isteri kepada pelakon Norman Hakim di Instagram, pasti mengetahui dirinya sering berkongsi menu masakan sihat buat Norman dan perkongsian itu selalu mendapat perhatian warganet.

Terbaru, Memey telah berkongsi video yang memaparkan telah menerima kunjungan daripada keluarga Abby Abadi di rumahnya untuk berbuka puasa bersama. Tulis Memey, untuk juadah berbuka, Norman meminta Memey memasak nasi ayam.

Namun tulis Memey lagi, menunya itu ada penambahan kerana tekaknya orang kampung. Kelihatan dalam video tersebut, Memey memasak pelbagai juadah yang menarik dan salah satunya adalah ikan sepat goreng dan menu kampung yang lain.

Ada peminat bertanyakan kepada Memey, adakah kesemua juadah tersebut dimasak sendiri oleh Memey. Sehingga kini video Memey itu telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Memey ini dan memuji masakan Memey. Antara komen-komen menarik adalah :

” Hebat lah Memey, semua nampak sedap-sedap.. Ikan kering sepat n sambal perah limau tu terpaaaaaling memanggil Masya’Allah.. Happy family.. “

” Ya Allah tq Mey.. Selalu bg inspirasi pd kami2.. Kdg malas masak jauh skali nak buat macam kenduri mcmni tp dgn ape yg Mey buat ni rase rajin n semangat tu ade.. “

” Geng lauk kg sblh sinin, geng nasi ayam sblh sana, hehe comel.. Semoga ikatan keluarga besar ini akan kekal bahagia selamanya.. “

”  Sedapnya menu berbuka.. Tapi yg plg mahal adalah ksih syg antara kalian semua.. Semoga mummy & mama kekal berksh syg antara kalian hingg syurga.. Hepi tgk semua.. “

” Tiap2 hari mesti tunggu mummy update video dgn family.. Meriah betul menu mummy untuk family mama.. “

” Wowww bestnyeeee menu, kita pula terliur tengok.. Suka tgk video mummy berbuka ramai2 ni.. Moga kasih syg kalian sampai syurga.. “

 ” Rajinnya mummy masak banyak menu arini.. Terbaiklah mummy.. Cara hiasan buahan-buahan tu nampak menarik betul.. “

Komen peminat yang mendapat respon daripada Memey :

Wah banyak betul juadah yang disediakan oleh Memey itu, memang nampak menyelerakan semuanya. Untung Norman dapat isteri bukan sahaja cantik malah rajin memasak pula tu. Terbaik lah Memey..

Silakan SHARE..

Sumber : IG memeysuhaiza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..