” He is really a nice guy. No wonder Mira’s parents like him.. ” – Netizen

Video Yang Tidak Ditayangkan Kepada Umum Ketika Majlis Akad Nikah Mira Filzah Bersama Wan Emir Astar. Gerak Geri Dan Kelakuan Emir Terhadap Ibu Mira Buat Ramai Kagum. Respect !!

Pemegang trofi Ratu Telenovela 2019, Mira Filzah kini sudahpun bergelar Puan Nur Amirah Filzah. Hanya dengan sekali lafaz, Wan Emir Astar menjadikan Mira sebagai isterinya yang sah. Ijabqabul ini diwalikan sendiri oleh bapa Mira, Encik Badioezaman yang mana berlangsung Khamis 3 September.

Semalam pula telah dilangsungkan majlis resepsi pertama bagi pihak pengantin perempuan di Putrajaya. Bagi kedua-dua majlis ini, khidmat Reka Teemor yang tersohor dengan rekaan dan sentuhan ajaibnya dipilih Mira sebagai wedding planner.

Tema ‘Mihraj Chinta’ yang berunsurkan rekaan senibina Islam menjadi pilihan untuk malam akad nikah. Manakala untuk majlis resepsi semalam, tema ‘ The Midnite Sky’ menjadi pilihan. Pelbagai cerita di sepanjang majlis berlangsung diabadikan Mira dan Emir sebagai kenangan mereka bersama.

Meninjau akaun Instagram Nora Erina, telah dikongsikan satu sedutan video tanpa suara yang menunjukkan Mira, Emir bersama kedua ibu bapa Mira bergambar setelah selesai majlis akad nikah. Apa yang menarik perhatian adalah cara Emir yang dilihat mengucapkan terima kasih kepada ibu Mira itu.

Jom tonton video di bawah :

Walaupun tanpa suara, gerak mulut Emir itu boleh dibaca dan ini meraih perhatian peminat. Rata-ratanya memuji sikap Emir yang menghormati orang tua dan antara komen-komen mereka :

” The real jodoh adalah cerminan diri kita. soft spokennya Mira Filzah seperti itu jugalah suaminya.. “

” So sweet.. bagus dpt menantu macam ni.. “

” He is really a nice guy. No wonder mira’s parents like him.. “

” So gentleman la. Dah la pegang dada sambil berckp. Sopan sangat.. “

” Jarang ada laki mcm Emir. Nampak betol2 menghormati org tua.. “

” Ni baru real Khuzairi dalam alam nyata. Sopan dan sangat menghargai.. “

” Sopan nya patut mira fall in love dgn Emir.. “

Memang terserlah sikap Emir yang menghormati orang tua itu. Jika dilihat hormatnya Emir pada ibunya Datin Mastura, sebegitu juga layanannya pada ibu mertuanya ini. Apa pun, semoga Emir sentiasa menjadi anak dan menantu yang soleh buat keluarga ini selamanya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Erina, IG Inaijari, IG Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..