” Cutenya, Yusuf jadi translator tak berbayar pula.. ” – Netizen

Video Yusuf Iskandar Menterjemahkan Apa Yang Dikatakan Oleh Alisa Aisyah Kepada Bapanya, Hairul Azreen Buat Ramai Terhibur. Part Memahami Bahasa Perempuan Tu Memang Win Habis. Hebatlah Yusuf Tahu Maksud Tersirat !!

Pasangan adik-beradik , Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang merupakan anak selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sememangnya sangat popular di media sosial. Kedua adik-beradik ini mempunyai jutaan pengikut di akaun instagram.

Hairul dan Hanis sering berkongsi perkembangan anak mereka di media sosial untuk tatapan para peminat mereka. Yusuf kini sudah berusia 4 tahun sangat petah berkata -kata manakala Alisa pula baru berusia 1 tahun baru mula hendak belajar bercakap.

Hanis digambarkan seperti seorang ibu yang penyayang dan penyabar dalam mendidik anak-anaknya. Ini dapat dilihat dalam video-video yang dikongsikan di media sosial. Hairul pula rajin melayan telatah anak-anaknya di rumah.

Menerusi akaun Instagram, lagi video comel Alisa telah dikongsikan. Video ini memaparkan Yusuf menjadi penterjemah kepada Alisa ketika Hairul berbual bersama Alisa. Daddy pun boleh terkel1ru dengan jawapan Alisa tetapi Yusuf dengan mudah memahami apa yang dimaksudkan oleh adiknya.

Jom tonton video bawah :

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua adik-beradik ini. Antara komen-komen mereka :

” Yusuf really know about maksud tersirat kata ii perempuan.. “

” Dah nama pun perempuan “No means yes” “

” No means yes. Heheheh. Perempuan always has h1dden meaning.. “

” Hihihi abg yusuf jd translator utk setiap apa yg adik alisa ckp ..  abg yusuf paham lah sbb selalu jage adik…. “

You already understand women’s languange yusuf, no means yes. Hahahah.. “

” Alissa ckp bahasa jerman daaa… luv u cute clever girl.. “

” Alaaaa cutenyaaaaaaa . yusuf jadi translator tak berbayar pula.. “

Alahai, comel sangat melihat gelagat mereka berdua. Pandai Yusuf menterjemahkan apa yang dikatakan oleh Alisa. Suara Alisa pun cute sangat. Semoga Yusuf dan Alisa membesar menjadi anak yang baik, mendengar kata serta soleh dan solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..