” Hat pak pun sampai kepala nak cecah lantai dah, punya nak bagi rambut anak cantik.. ” – Netizen

Video Pak Azad Sedang Blow Rambut Anaknya Raih Perhatian Warganet. Sayang Anak Punya Pasal Sampai Terb0ngkok-B0ngkok Pak Azad Nak Cantikkan Rambut Anak, Terbaik Lah !!

Meninjau di akaun Instagram Eira Syazira telah memuatnaik satu video yang memaparkan telatah suaminya, Pak Azad bersama anak kedua mereka iaitu Ameisya Leanne Rose. Kelihatan Pak Azad dan Ameisya sedang berada di dalam bilik air.

Dalam video itu, Pak Azad sedang tekun blow rambut Ameisya untuk kelihatan kemas dan cantik. Video tersebut pada awalnya dirakam oleh Eira secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Pak Azad dan anak mereka.

Sikap rajin Pak Azad untuk mencantikkan rambut Ameisya telah menjadi perhatian ramai. Ada yang menyatakan jarang menemui seorang ayah yang mahu melakukan hal sedemikian terhadap anak perempuan mereka.

Ada juga yang mengakui bahawa skill Pak Azad blow rambut sudah seperti pekerja di salon kerana kelihatan begitu kemas dan rapi. Sehngga kini, video itu telah menerima lebih 26 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik naik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Hat pak pun sampai kepala nak cecah lantai dah, punya nak bagi rambut anak cantik. Rajin betul lah Pak Azad.. “

 ” Untung dapat suami macam ni, rajin betul melayan anak. Pandai Pak Azad blow rambut, tengok gaya dah macam di salon.. “

” Daddy hg pon buat rambut anak mcm nak cium lantai..  Haha aku tgok kat salon takde pulak org salon buat sampai tunduk gitu.. Lawak laa Pak Azad n.. “

 ” Effort tu penting, dgn reaksi muka²nya memang lawak betul. Mengekek Eira ketawa tengok gelagat Pak Azad, haha.. “

” Effort sungguh dia blow rambut anak die. haha.. Bagus daddy macam ni, semua pasal anak dia ambil tahu.. “

” Kelas lah daddy, skill dia memang power. Hehe paling tak tahan siap buat reaksi muka, lawak lah tengok.. “

 ” Disebalik anak yang comel.. Ada daddy yang struggle di situ.. Good job daddy, memang terbaik lah Pak Azad.. “

Alahai sweet tengok cara Pak Azad melayan Ameisya, jelas terlihat kasih seorang ayah buat anak perempuannya. Difahamkan Ameisya baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 6 tahun baru-baru ini. Selamat hari lahir Ameisya, semoga menjadi anak yang baik buat daddy dan mummy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG eirasyaziraofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..