” Berair mata ketawa tengok geng Melvins ni, sump4h lawak.. ” – Netizen

Video Syatilla Melvin Bersama Adik Beradiknya Yang Lain Bertanding Memasak Buat Peminat Terhibur. Lawak Betul Masa Campak Brokoli Dalam Kuali Tu. Bila Yang Tak Pandai Masak Buat Resepi Sendiri, Hanc0r Rasa. Haha !!

The Melvins iaitu adik beradik Syatilla Melvin yang juga terdiri daripada Syifa, Syida dan Syafiqa antara adik beradik yang selalu meriuhkan suasana. Tidak lekang dengan loghat utara mereka, setiap kali membuat video bersama, pasti ada sahaja kelakuan mereka yang mencuit hati peminat.

Meninjau akaun Instagram Syatilla Melvin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa membuat challenge memasak. Permulaan video sahaja sudah membuatkan peminat tergelak dengan lawak Syatilla.

Untuk cabaran kali ini, 4 beradik ini dibahagikan kepada 2 kumpulan dan perlu memasak mengikut bahan yang telah mereka perolehi. Syatilla bergandingan bersama Syida dan yang lucunya kedua-duanya tidak mahir memasak.

Syifa dan Syafiqa pula sebagai satu team dan untungnya mereka berdua memang pandai memasak. Pelbagai gelagat spontan lebih-lebih lagi mulut Syatilla yang kelakar dapat ditonton sepanjang video ini.

Jom tonton video di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :

Video gelagat adik beradik ini telahpun mendapat lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Ad0i kec0h betul masing-masing dan antara komen-komen :

” Kami dokk ulangg tengokk, mula-mula start aku dah gelak hahahah. ad0i pec4h perot dengan depa ni.. goreng teloq sampai luny4i haha. kes1an dekat teloq tu. maaf kmi trgelak.. “

” Kelaku sekoq sekoq tak macam bini oghang, betul-betul riuh sekampungg. Besaq teloq macam kepala bud4k haha. last anok har4mmm betuiii. 10kli ak tgk.. “

” G1la semua. Bila dua org tak pandai masak bergabung kat dapuq hingaqq teruihhh. Hahahahahah kat dapur 4 org masak mcm rewang kenduri weyhhh. Happy new year the melvins. Banyak lagi content lepas nihhh tau.. “

” Aku ulang part best smpai 3-4 kali do , taktahan gelaknyaa. Love family Melvin ni sempoi sporting hbis gelak tak cover semoga Korg terus buat content yg best2 utk kami.. “

” Baru intro dah buat aku gelak. Memang favourite family betu la. berair mta2 duk suka tgk geng2 melvins ni..hahaha sape2 sedih stress wajib tgk chanel ni.. “

” Banyak-banyak the melvin, syida paling pekat loghat utaqa dia. Syifa dengan kak long sopan ja depa. Syatilla ganas sikit. Sumpah lawak g1la geng ni.. “

” Awal video pun aku dh sak1t perut gelak weh HAHA. Tilaaa dok buat teroq kt dapoq… terpaling hinggaq tila n cda, joyah n kaklong steady jaaa.. “

” Hingaq weh depa kat dapur tapi seronok tengok. Aku pen4t la gelakk. Part tilla buh brocolli dlm kuali ku berdekak ea.. ”

Masing-masing perangai masuk air, mana tak riuh dapur. Bak kata Tilla, jahan4m dapur, hehe. Apa-apa pun, video ini memang menghiburkan dan semoga akan ada lagi challenge memasak seperti ini pada waktu akan datang.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syatilla Melvin, Youtube Channel The Melvins

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..