” Hastaged Dato’ bukan biashe-biashe.. “

Dato’ Aaron Aziz Berkongsi Cerita Hilang Duit Di Pagi Hari, Namun Hashtag Yang Ditulisnya Buat Peminat Gelak Besar. Dalam Hashtag Ada Cerita, Dah Macam Karangan. Kreatif & Lucu !!

Aktor bertubuh sasa dan kacak ini dikenali ramai. Dato Aaron Aziz bukanlah nama baru di dalam dunia hiburan. Anak kelahiran Singapura ini mula dikenali di Malaysia apabila ditawarkan sebagai watak utama di dalam drama Janji Diana.

Bakat besar yang dimiliknya ditambah wajahnya yang tampan menjadikan nama Dato Aaron cepat naik dan meniti di bibir peminat. Popularitinya membantu banyak filem lakonannya mencapai status pecah panggung antaranya Ombak Rindu dan Kau Yang Satu.

Menyingkap kehidupan peribadinya, Dato Aaron telahpun mengahwini gadis bernama Diyana Halik pada 3 Ogos 2003. Hasil ikatan perkahwinan ini, mereka dikurniakan 3 orang anak. Dato Aaron sememangnya dilabelkan peminat sebagai suami dan ayah yang baik menerusi cerita-cerita yang dikongsikan di laman sosial.

Menerusi akaun Instagram, Dato Aaron Aziz telah berkongsikan ceritanya tentang kejadian sebelum beliau keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. Namun yang menarik penceritaannya itu ditulis semuanya di dalam cara hashtag yang membuatkan peminat jadi lucu bila sampai ke hashtagnya yang terakhir. Sweet betul la suami isteri ni!

Jom baca kapsyen di bawah :

” #bilaAbgnakpergikerjatengokwalletshortRM100 #abghairanmanapergiRM100tu #abgtengokIsteridiasenyum #abglupataglinedia #yourmoneyismymoney #mymoneyismymoney #abgdahbiasa #abgpunyaisterisukabuatMagic #abglove #abgmemangSajeLetakUtkdia #diacakapOopslupabilang #abglaughdialaugh #abgrela #AmbikLaIsteriKu #hartakuHartaMu #abgnosweat #aaronaziz @diyanahalik #kurtabybandofbraders @bandofbraders kurta beli di sini. www.bandofbraders.com.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Dato’ Aaron ini. Antara komen-komen netizen :

” # terpanjang win win.. “

” Hastaged dato bukan bishe-bishe.. “

” Ya Allah gigih baca # hahahaha.. “

” Rase-rase anugerah paling rajin buat hashtag memang milik aaron aziz. Lawak-lawak pulak tu.. “

” Hashtag abang buat adik menangis.. “

” I like ur wife ## #yourmoneyismymoney #mymoneyismymoney.. “

” Hashtag abang padu.. “

” Hahahaha hastag win.. “

” Sungguh ka rela muka tu?.. “

” Lawak betol semua hashtag… Memang gel1 hati baca and nak baca lagi apa next.. “

Rasa nak tergelak pun ada bila selesai baca cerita di sebalik hashtag yang berderet-deret tu. Alahai comel je cara suami isteri ni, duit mu duit ku jua tu paling win. Redha je muka Dato’ Aaron Aziz dengan gelagat isteri kesayangannya itu.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga pasangan ini sentiasa dirahmati Allah dan moga mahligai bahagia ini kekal mawaddah hingga ke jannah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG aaron aziz by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..