” Leon is sooooo cuteeeeee.. “

Rihana Oksana Petra K0ngsi Video K0mpilasi Gambar-Gambar Anaknya, Ismail Leon Dari Lahir Sampai Sekarang. Alahai C0mel Sungguh Baby Leon !!

Sebelum ini, Rihana Oksana Petra tidak pernah mendedahkan wajah anaknya di media sosial. Wajah anaknya terus menjadi rahsia tanpa mendedahkan ke mana-mana media. Namun akhirnya model Russia tersebut telah memuat naik beberapa foto gambar wajah anak lelakinya itu di media sosial pada pertengahan tahun 2019.

Rihana juga turut mendedahkan nama putera beliau iaitu Ismail Leon Petra yang dilahirkan  pada 21 Mei 2019. Terdahulu, Rihana telah menamatkan zaman solo beliau bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Jun tahun 2018 dan pasangan ini telah bercerai1 pada tahun 2019.

Untuk pengetahuan Rihana pernah memegang gelaran Ratu Cantik Miss Moscow pada tahun 2015. Beliau kemudiannya berkecimpung dalam dunia fesyen yang membawa kepada penerbitan pakaian renang jenamanya sendiri. Rihana juga menyambung pelajaran di ‘Moscrow School of Radio and Television’ sebelum layak menerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengurusan, setahun kemudian.

Menerusi instagram, Rihana telah berkongsi satu video kompilasi gambar-gambar anaknya iaitu Ismail Leon Petra dari lahir sampai sekarang. Video tersebut yang tidak pernah dikongsi oleh Rihana di mana-mana media sosial sebelum ini menjadi perhatian netizen kerana Leon kelihatan sangat comel.

Ikuti perkongsian Rihana di bawah :

” Best Moments of 2019! .. “

View this post on Instagram

Best Moments of 2019!😜

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Rata-rata netizen begitu teruja melihat video yang dikongsikan oleh Rihana itu. Antara komen-komen tersebut :

” May Allah bless you and your baby boy. Semoga yang baik2 sahaja untuk kamu berdua sepanjang masa hingga selamanya.. from Malaysia.. “

” Cutest baby ever.. “

” Ohhh so handsome little boy.. “

” So handsome boy.. “

” MasyaAllah.. comelnya.. moga anak ni terdidik dalam acuan islam.. aamiin.. “

” Semoga Leon membesar dengan baik. Dan semoga Allah permudahkan segala urusan @rihanapetra.. Amin.. “

” Leon is sooooo cuteeeeee.. “

Comelnya Leon !! Admin pun suka tengok Instagram Rihana kerana beliau sering berkongsi gambar anaknya Leon. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Leon membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik. Buat Rihana, semoga sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang. Amin..

Silakan SHARE.

Sumber : IG Rihana Oksana Petra by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..