” Hari paling indah setelah sekian lama tak dapat bertemu ayah tercinta.. ” – Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Kongsi Video Dapat Bertemu Dengan Ayah Tercintanya. Membaca Tulisan Ebit Lew Yang Mengamit Kenangan Bersama Ayahnya Buat Ramai Terharu !!

Nama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew semestinya dikenali ramai. Bukan sahaja penyampaian dakwahnya yang sangat menarik, malah dia juga merupakan seorang yang sangat baik hati dan bergiat aktif dalam dalam menyalurkan bantuan kepada orang ramai yang memerlukan.

Keprihatinan Ustaz Ebit Lew dalam menyalurkan bantuan sepanjang Perint4h Kawalan Pergerakan (PKP) lalu turut mendapat pujian ramai. Tidak tahu erti penat, ustaz Ebit Lew bukan sahaja membantu mereka yang dalam kesusahan, malah dia juga turut menghulurkan bantuan kepada pihak termasuk petugas barisan hadapan.

Menjadikan laman media sosial salah satu penyampai dakwah telah membuat ramai warganet tertarik akan perkongsian ilmu oleh Ustaz Ebit Lew yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Miliki nama sebenar sebagai Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew telah mendapat hidayah ketika berusia 12 tahun untuk mengenali agama islam.

Terbaru, hasil tinjauan di Instagram, Ustaz Ebit Lew telah berkongsi satu video dia telah bertemu dengan ayah tercintanya setelah lama tidak bertemu sepanjang perint4h kawalan pergerakan dilaksanakan. Jelas terlihat raut wajah Ustaz Ebit Lew yang begitu rindukan ayahnya.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

View this post on Instagram

Hari paling indah setelah sekian lama dapat bertemu ayah tercinta. Ayah bawa nenas dan pisang dari kebunnya. Umur dah lebih 80 tahun tapi masih sibuk berkebun. Rajin memang tak ingat. Suka berniaga dari muda. Saya minta doa beliau untuk elewsmart yang akan dibuka nanti. . Ya Allah inilah nikmat paling indah dapat jumpa ayah. Rajin dan jaga masa. Dua itulah saya belajar betul-betul darinya. Tak boleh duduk diam. Dari kecil teringat ayah bila balik kerja atau dari mana-mana mesti ada buah tangan. Sampai sekarang pun macam tu. Dapat peluk dan cium ayah tadi rasa bahagia sangat. Rindu nak bawa ayah berjalan-jalan. . Mak kalau ada mesti best. Mereka sentiasa bercinta jer. Ayah dengan mak sentiasa berjalan berdua. Makan mesti berdua. Mak tiada,ayah saya tak makan. Berbual 24 jam non stop agaknya. Tak pernah gaduh. Rasa 24 jam berdua. Kasih sayang mereka berdua menjadi contoh untuk kami adik beradik supaya sayang pasangan. . Dulu mak banyak cakap. Ayah diam sangat dengan anak-anak. Selepas mak pergi ayah kuat bercakap macam mak. Dan selalu bagi semangat dalam dakwah dan berniaga. Saya tanya kenapa ayah kuat semangat sampai sekarang. Katanya hidup ini amanah sehingga kita berjumpa Allah nanti. Tugas saya sebagai ayah terus beri semangat pada anak-anak selagi hidup. Itulah seorang ayah. Rindu mak. Syukur sangat dapat semangat dan doa dari ayah-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ustaz Ebit turut berkongsi cerita tentang ayahnya, dan rata-rata netizen turut mendoakan kesejahteraan Ayah Ustaz Ebit Lew. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Rindu arw4h ayah .. Semoga ayah ust diberi kesihatan yg baik amin.. “

” Semoga keluarga ustaz di bawah lindungan Allah selalu.. “

” Alhamdulillah Ustaz… Semoga dipermudahkan dan dipanjangkan umur.. “

” Semoga dipermudahkan urusannya ustaz dan keluarga.. “

” Semoga ustaz dan seleruh ahli keluarga sentiasa dalam kindungan-Nya.. “

” Semoga ustaz sekeluarga sentiasa berada dalam jagaanNya.. “

Alhamdulilah bahagia betul melihat keakraban antara dua beran4k ini. Seronok betul Ustaz Ebit Lew dapat bertemu dengan ayahnya untuk lepaskan rindu setelah lama tidak berjumpa. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga ayah ustaz sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ebit Lew

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..