” Gabung gelak Shalma dgn Neelofa memang kah kah kah lah jadinya.. ” – Netizen

Video Shalma Ainaa Belajar Loghat Kelantan Dengan Neelofa Buat Peminat Terhibur. Sebutan Shalma Tu Buat Lofa Ketawa ‘Abang-Abang’ Terus. Kelakar Lah Aksi Masing-Masing !!Β 

Nama pengacara terkenal, Shalma Ainaa mula dikenali menerusi program Motif Viral. Gayanya yang penuh ceria dan gil4-gil4 buat penonton terhibur. Karisma dan auranya juga membuatkan peminat terus mengikuti perkembangan pengacara cantik ini.

Shalma juga aktif sebagai youtuber. Membuat banyak video dengan pengisian yang menarik, Shalma kreatif dalam menarik minat peminat untuk menonton videonya ini. Jika sebelum ini Shalma menjemput Ismail Ezani untuk video belajar loghat Jawa, kali ini pengacara sensasi Neelofa pula menjadi pilihan.

Neelofa yang dijemput untuk mengajar loghat Kelate buat suasana riuh dengan gelak ketawa. Mendengar setiap perkataan yang diajar disebut dengan lucu oleh Shalma buat Lofa ketawa. Seronok sungguh sesi pembelajaran mereka ini sampai lari habis semua maksud perkataan. Yang penting Shalma yakin ketika menjawab.

Menerusi akaun Instagram, Shalma Ainaa telah berkongsikan satu sedutan video yang memaparkan beliau mempelajari loghat Kelantan bersama Neelofa dan rakan-rakannya. Lofa yang mengajar beberapa patah perkataan ketawa besar dengan sebutan Shalma. Kelakar sungguh mereka ini.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi mereka ini. Antara komen-komen :

” Wah hahahahahaha aduh lawoklaa ! sel0k ng1la.. “

” Memang lawak habis tengok video ni. Tak berhenti gelak hahaha.. “

” Selok la , buleh oyk dekpom gak eh tu elehhh hahahhah.. “

” Nice try shalma ainaa .. bunyi doh kelate sikit-sikit tuh hehe.. “

” More with cikguuu neelofa.. “

” My funnayyy cuteee and hot Cher lofaa.. “

” Aku nok suko dio kato bekwoh tu pasar male HAHAHHA .. aku as a kelantanese pn trhibur nii.. “

” Aku ketawa sorang-sorang macam nak gil4 wei.. “

” Gabung gelak Shalma dgn Neelofa memang kahkahkah la jadinya.. “

” Terhibur ter0kk dgr lofa dgn ainaa gelak.. Diorg just be yourself gituuu.. “

Lucu betul menonton sesi pembelajaran Shalma dan Neelofa ini. Ketawa mereka memang menghiburkan dan lagi mencuit hati bila dengar Shalma meneka maksud perkataan loghat Kelate yang Lofa beri. Apa pun, semoga Shalma Ainaa terus maju jaya dan lebih banyak lagi membuat video seperti ini.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shalma Aina, IG Neelofa, Youtube Channel Shalma Ainaa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..