” Happy Birthday to my beautiful sister.. “

Ucapan Rozita Che Wan Sempena Hari Lahir Adiknya, Ayu Raudhah Betul-Betul Win !!

Rozita Che Wan atau nama sebenarnya, Rozita binti Bakar lebih dikenali sebagai Che Ta ialah seorang pelakon, pengacara dan penerbit terkenal di Malaysia. Beliau juga cukup dikenali dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari.

Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga merupakan antara selebriti wanita Malayaia yang cukup sensas1 di media sosial dan sering mendapat perhatian umum.  Hal ini lebih menjadi perhatian umum apabila beliau berkahwin dengan pelakon yang popular dengan sitkom “Oh My English! “, iaitu Zain Saidin.

Che Ta juga pernah menyertai Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai pramugari pada 1992 dan bertugas selama kira-kira tiga tahun. Dilahirkan di Alor Setar, kedah dan beliau adalah anak  kedua dari tujuh adik beradik. Mempunyai seorang adik yang juga merupakan seorang pelakon yang bernama Ayu Raudhah.

Ayu Raudhah atau nama sebenarnya, Raudhah binti Bakar dilahirkan pada 7 Disember 1984  dan merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Berkahwin dengan pemain bola sepak iaitu Zaquan Adha pada 21 Januari 2011. Ayu Raudhah lebih banyak berlakon dalam watak yang diadaptasi oleh novel.

Menerusi instagram Che Ta baru ini, beliau telah memberikan ucapan kepada adik beliau iaitu Ayu Raudhah sempena hari lahirnya yang ke 35 tahun. Kedua-dua adik beradik ini memang sangat akrab lebih-lebih lagi mereka bersama dalam satu bidang yang sama iaitu lakonan.

Baca perkongsian Rozita Che Wan dibawah :

” Happy Birthday to my beautiful sister @ayuraudhah_7. Adik perempuan bongsu yang sangat manja, qajin masak, qajin mengemas, sangat berbakat cuma tk la qajin sgt melawa, qajin lagi masak dr besiap.. Tk macam kak dia..  “

” Smoga diberikan kesihatan yg baik , rezeki yg tk put0s-put0s dan rumah tangga yg bahagia dan berkekalan .. amin.. “

Rata-rata peminat juga mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ayu Raudhah dan memuji akan kecantikan beliau secara semula jadi. Antara komen-komen netizen :

” Ayuraudhah punya kecantikan tersendiri.. Sedap mata memandang.. “

” Happy besdy kkayu raudhah yg lawa.. “

” Happy birthday @ayuraudhah_7.. May Allah bless you.. “

” Org maneh tak mekap pun dok nmpk maneh tu laa.. “

” Kak dia memang rajin gila bersiap.. “

” Happy birthday babe @ayuraudhah_7 pray for your happiness .. Berjaya n sihat sihat selalu.. Hampa memang cantik manis.. Yg penting kami kenal hampa seorg yg baik.. love to noe u.. Amazing girl .. “

Wahh cantik betul kedua mereka ni. Ayu Raudhah mempunyai kecantikan tersendiri. Memiliki raut wajah ayu, lembut sesedap nama yang telah diberikan. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ayu Raudhah, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa bahagia disamping insan-insan tercinta. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che Wan,  Ayu Raudhah  by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..