” Papa Jep nak kawenkan Barr dengan Letchumi, punyalah menangis budak tu.. “

Video Jep Sepahtu Menyakat Anak Tirinya Buat Ramai Terhibur. Nasiblah Barr Dapat Bapak Kuat Menyakat !!

Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio yang tersohor di Malaysia. Beliau bergabung dengan Shuib di bawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu. Beliau seorang pelawak yang aktif dalam bidang seni.

Terdahulu, mereka menumbuhkan Kumpulan Sepah yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat. Kumpulan ini menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Selepas mereka bertiga berp1sah, Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu yang dianggotai Shuib, juga bekas anggota Kumpulan Sepah.

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sari Yanti pada tahun 2017. Mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang diberi nama Dariya Inara pada 25 April 2018. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Sari Yanti. Sari Yanti mempunyai dua orang anak lelaki hasil dari perkahwinannya yang terdahulu yang diberi nama Barr Al Aliy dan Basit Al-Haq.

Menerusi akaun Instagram, Sari Yanti berkongsi video suaminya, Jep menyakat anaknya, Barr. Jep mengatakan ingin kahwinkan Barr dengan Letchumi dan meminta Rahim menyamar sebagai bapa Letchumi serta bercakap melalui telefon. Sampaikan menangis Barr disakat oleh bapa tirinya.

Tonton video di bawah :

” Papa Jep nak kawenkan Barr ngan Letchumi . @rahimr2 (kengkonon bapak letchumi) pulak ada masa nak layan kan @jepsepahtu . Punyalah nangis budak tu. Barr pun satu, tu pun percaya.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat anak-beranak ini. Antara komen-komen mereka :

” Tak koje meyakat sampai nangis budak tu.. “

” Sama-sama guna loudspeaker. Kita yang dgr kat sini tahan ketawa dgr Barr kata tak nakkk.. Hahaha.. “

” Papa ko ni dah kenapa.. Ment4l anak tu wei.. Kesian Barr.. Cu4k tu wei.. “

” Bestnya dpt Papa kelakar.. “

” Nang1s Barr kena sakat.. “

” Ulang byk kali ngekek juga.. Ni dh masuk 18 kali.. Ulang lg jadi 19.. “

” Dia lupa ke papa Jep ni pelawak.. Apsal amik serius sgt.. Hahaha.. “

Kelakar sungguh melihat gelagat mereka. Pastinya keluarga ini selalu terhibur kerana mempunyai seorang bapa yang kuat melawak. Netizen yang menonton pun tak boleh nak tahan gelak. Semoga hubungan Jep dan Sari Yanti berkekalan hingga ke Jannah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..