” Happy birthday Jejai, semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.. ” – Netizen

Rizal Ashram Ramli Kongsi Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahirnya Bersama Keluarga. Alahaii Cantik Dan Kacak Adik Beradik Jejai, Ibu Jejai Pun Anggun Sangat !!

Nama Toh Muda Rizal Ashram Ramli tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat-peminat seni hiburan tanahair kerana Rizal Ashram atau lebih dikenali dengan nama Jejai ini pernah mendirikan rumahtangga bersama dua pelakon popular iaitu Nora Danish dan Fasha Sandha.

Jejai pernah mendirikan rumahtangga bersama Nora Danish pada tahun 2006, hasil perkahwinan ini mereka telah memliki seorang cahayamata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli. Namun jodoh antara mereka tidak berpanjangan apabila pasangan ini sah bercer4i pada tahun 2008.

Setelah beberapa tahun menduda, pada tahun 2012 Jejai akhirnya menamatkan zaman dudanya dan menikahi pelakon Fasha Sandha. Hasil perkongsian hidup antara Jejai dan Fasha, mereka telah dikurniakan dua orang cahayamata yang bernama Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Namun jodoh antara mereka juga tidak panjang, pasangan ini akhirnya turut bercer4i pada tahun 2016. Menjengah ke laman instagram milik Jejai, Jejai telah berkongsi gambar sekitar sambutan hari lahirnya bersama keluarga. Turut kelihatan anak-anak Jejai juga ada bersamanya.

Mari kita lihat gambar sekitar sambutan hari lahir Jejai :

( Klik butang KANAN > untuk lihat gambar seterusnya )

View this post on Instagram

Some pics from my birthday bash.

A post shared by Rizal Ramli (@rizalashramrnt) on

Perkongsian Jejai ini turut mendapat ucapan dan doa daripada netizen. Antaranya ialah :

” Happy Birthday Jai! Smoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezekiii.. “

” Happy Birthday Tuan Rizal, Semoga panjang umur.. “

” Selamat Hari Lahir buat Jejai, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. “

” Selamat ulangtahun kelahiran Jejai, semoga sentiasa berada dalam Rahmat Allah.. “

” Happy birthday rizalashramrnt may Allah bless you always and grant you with the many great things in life.. “

Wahhh cantik-cantik dan kacak adik beradik Jejai. Ibu Jejai pun kekal anggun. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Semoga Allah memberkati hidupmu, dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa ceria disamping anak-anak serta keluarga tercinta. Amin..

Silakan SHARE.

Sumber : IG Rizal Ashram Ramli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.