” Happy Birthday Bibik. Orang kuat kami yang banyak bantu ringankan kerja rumah.. ” – Betty

Video Betty Rahmad Menyambut Ulangtahun Kelahiran Bibiknya. Amboi Ardy Wira, Bukan Main Semangat Lagi Menyanyi Lagu Birthday. Kuat Betul Suara Dia. Terharu Betul Bibik Bila Tengok Hadiah Yang Betty Bagi Tu, Bukan Biasa-Biasa !!

Sebelum ini Betty Rahmad pernah mempunyai seorang pembantu rumah beberapa tahun lalu. Betty pernah berkongsi cerita pembantu tersebut telah lari ketika mereka sekeluarga sedang tidur di dalam bilik.

Namun menerusi perkongsian Betty di akaun Instagramnya, Betty telah memuatnaik satu video mereka sekeluarga menyambut hari lahir bibik barunya. Tulis Betty, bibik tersebut antara orang kuatnya yang sentiasa meringankan kerja rumah.

Bahkan titip Betty agar sempena ulang tahun kelahiran bibiknya, semoga Allah membalas segala kebaikan bibik dan dikurniakan kesihatan yang baik. Kalau dilihat dalam video itu, anak Betty, Wira antara yang paling teruja menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada bibik.

Setelah itu, Wira telah menghulurkan hadiah kepada Bibik dan hadiah yang diterima oleh Bibik adalah seutas rantai tangan emas. Perkongsian video oleh Betty telah menarik perhatian warganet serta hingga kini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Betty dan dalam masa yang ramai yang memuji sikap Betty melayan pekerjanya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Sebab you org yang baik jgk, so Allah hntr org yg baik jgk utk jaga u n family. Btw happy birthday bibik.. “

” So much love for this little family. Semoga sentiasa dilimpahi rezeki yang luas buat keluarga ini, Aamiin. Happy birthday bibik.. “

” Alhamdulillah org baik diitakdirkan Allah bertemu dgn org yg baik2. Moga sntiasa dkelilingi org2 yg baik, seronok tgok Betty, baik sangat.. “

” Happy birthday bibik. Semoga dipanjangkan umur diberikan kesihatan yg baik. Untung bibik dapat majikan baik.. “

” You n yr family has set a good example for all to see. Selalu humble and treat yr helpers so well. Selamat hari lahir bibik.. “

” Semoga Allah balas kebaikan yg berganda pada Betty sekeluarga. Comel lah tengok Wira nyanyi, semangat betul.. “

” Happy birthday bibik may Allah bless you. Awak majikan yang baik Betty, sebab itu Allah hadirkan orang yang baik untuk menjaga keluarga awak.. “

Suka tengok cara Betty meraikan hari lahir bibiknya, sudah seperti ahli keluarga sendiri. Jelas terlihat betapa terharunya bibik menerima hadiah istimewa daripada majikannya. Apa-apa pun, keluarga Betty sentiasa dalam lindungan Allah dan segala urusan kalian sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bettyrahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..