” Happy anniversary both of you.. ” – Zahida Rafik

Ella Kongsi Video Kenangan Bersama Suami Sempena Ulangtahun Perkahwinan Mereka Yang Ke 8. Ucapan Yang Ringkas, Tapi Maksud Yang Mendalam !!

Nama Ella bukan lah satu nama yang asing bagi kita, Ella cukup terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura dan Brunei. Turut dikenali sebagai Ratu Rock Malaysia,Ella juga turut dijadikan sebagai inspirasi kepada dunia rock tanahair.

Suaranya yang merdu itu pasti membuatkan sesiapa sahaja terbuai-buai mendengarnya. Seorang yang lemah lembut dan peramah membuatkan Ella mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Ella uga terkenal dengan sifatnya yang manja walaupun kini sudah berusia lebih 50 tahun.

Kehidupan Ella dan suaminya, Azhar Ghazali kini semakin bertambah bahagia dengan kehadiran Shanome Az Zahra dalam hidup mereka. Pasangan ini mengambil Shanome sebagai anak angkat mereka sejak setahun yang lalu. Kini Shanome sudah berusia tiga tahun.

Terkini melalui akaun instagram miliknya Ella memuatnaik video nyanyiannya bersama suami tercinta sempena Ulangtahun Perkahwinan mereka hari ini. Untuk rekod, Ella telah melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya Azhar Husaini Ghazali pada bulan Julai 2012. Tahun ini genap 8 tahun usia perkahwinan mereka.

Jom saksikan video dibawah :

Dengan perkongsian video di atas, Ella dan pasangannya mendapat ucapan dan doa daripada peminat. Antaranya ialah :

” Happy Anniversary Both Of U.. ” – Zahida Rafik

” Happy anniversary queen n capt. peace love rindu. love u both.. “

” Happy anniversary kak Ell & Capt! Semoga bahagia berkekalan hingga ke Jannah. Amin.. “

” Alahamdullillah. semoga berbahagia hingga ke Jannah. Aamiin.. “

” Happy Anniversary kak el.. Semoga kak el dan suami bahagia hingga ke Jannah. Aamiin Ya Mujib.. “

” Happy Family. semoga di beri kebahagiaan yang kekal abadi dunia and akhiratt.. “

” Happy anniversary kakak and abg. ingat lagi kita x yg kat curve tu masa akak beli blackberry.. “

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kepada Ella dan suami. Semoga Allah jadikan mereka sebagai sepasang suami isteri yang saling mencintai di kala dekat dan saling menjaga kehormatan di kala jauh. Berkatilah rumahtangga mereka sehingga ke Jannah. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ella Aminuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..