” Tudiaa high pitch tu pun dah nak sama tinggi dengan uncle Naqiu dah.. ” – Netizen

Naqiu Boboy Kongsi Video Peminat Ciliknya Membawa Lagu Episod Cinta Buat Ramai Terhibur. Amboi Bukan Main Feeling Lagi, Siap Dengan Ekpresi Muka Sekali !!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapakan tahu, benarlah kata pepatah ini. Siapa sangka, selepas menjadi juara dalam rancangan Geg4r Vaganza musim keenam, nama Naqiu Boboy terus mel0njak dalam dunia seni hiburan tanahair. Naqiu Boboy terus mengorak langkah dalam industri hiburan Malaysia.

Rezeki beliau tidak terhenti di situ sahaja, semakin hari semakin mel1mpah ruah, sehingga ditawarkan menjadi pelakon. Beliau juga mempunyai kelab peminatnya sendiri iaitu ‘ Naqiurious’ juga yang sentiasa memberi sokongan dan semangat dalam menreuskan kerjaya sebagai anak seni ini.

Beberapa hari lalu, Naqiu telah pergi melawat peminat ciliknya, adik Raudhah Ammara Rissa di rumahnya. Naqiu mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa demi peminatnya yang mengharap dapat bertemu dengannya. Ketika di rumah peminat ciliknya itu, Naqiu sempat menghiburkan beberapa orang kanak-kanak yang lain.

Menerusi laman Instagram miliknya, Naqiu telah memuat naik sebuah video seorang peminat ciliknya sedang menyanyikan lagu beliau yang bertajuk Episod Cinta. Gelagat kanak-kanak tersebut membawa lagu tersebut sangat mencuit hati Naqiu. Dengan gaya tersendiri dan lirik tersendiri membuatkan Naqiu juga terhibur.

Jom lihat Video di bawah ini :

Video yang dikongsikan oleh Naqiu ini membuatkan ramai peminatnya terhibur. Ini antara komen-komen mereka :

” Cute je, Penuh perasaan, Terbaik lah adik. Peminat cilik yg cumilsss amatttt.. “

 ” Hebat adik shomel ni Tapi hoverina dia sama mcm Uncle Naqiu.. “

” Alololo tomei nye, budak lelaki tue smua kiut mcam papa, ahahaha.. “

” Comel je tgk adik tu nyanyi, muka main peranan ya abg naqiu, Kompidenn tu penting dik akk bg five star haha.. “

” Tudiaa high pitch tu pun dah nk sama tinggi dgn uncle naqiu dah, Feeling habis tu nyanyi siap dgn ekpresi muka sekali, Habislah uncle this isnaqiu tak boleh cari mkn lah lps nie.. “

Wah, seronoknya melihat Naqiu melayan kanak-kanak itu, mesti semuanya gembira bila Naqiu ada bersama. Terbaiklah Naqiu. Ramai peminat ciik yer. Semoga Naqiu terus maju jaya dalam bidang seni ini. Jangan put0s asa. Ramai yang minat tu tau. Keep it up !!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Naqiu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..