” Happiest birthday Shariq, celebrate pakai pampers je pun boleh. Hehe.. ” – Netizen

Video Sambutan Hari Lahir Anak Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel Yang Ke 2 Tahun Raih Perhatian Warganet. Wah Sempoi Betul Emma Dan Shazli Sambut Birthday Anak. Part Masa Shariq Mula-Mula Blur Lepas Tu Senyum Comel Sangat !! 

Sejak melahirkan anak sulungnya, Shariq Arshan Gabriel, apa yang sahaja yang dikongsikan oleh Emma Maembong mengenai anak lelakinya itu di Instagram pasti menjadi perhatian warganet. Mana tidaknya, Shariq seorang kanak-kanak yang sangat comel.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Shariq, telah berkongsi beberapa gambar dan video sambutan hari lahir Shariq yang ke 2 tahun. Dalam video itu kelihatan sambutan hari lahir Shariq disambut di rumah.

Segala persiapan seperti meniup belon dan membeli barang-barang deco dilakukan sendiri oleh Emma, suami dan beberapa orang ahli keluarga mereka. Meskipun kelihatan simple, namun ianya kelihatan sangat meriah.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang tidak menyangka yang Shariq sekarang sudah berusia dua tahun. Hingga kini, gambar-gambar dan video sambutan hari lahir Shariq telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan Shariq dan turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepadanya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Happiest birthday Shariq, celebrate pakai pampers je pun boleh, hehe. Besar dah dh budak comel ni.. “

” Eh dah 2 taon cepatnya membesar, rasa mcm Emma baru je bersalin, hehe. Selamat hari lahir si comel.. “

” Comel betul anak Emma ni, ger4m tengok macam anak mat saleh. Happy birthday Shariq, semoga murah rezeki dunia akhirat amin.. “

” Happy birthday ensem boy, smga membesar dgn sihat & bijak, berjaya, bahagia dunia akh1rat, simple tp bermakna.. “

” Seronok betul tengok part buka hadiah, mesti dia suka sangat dengan hadiah tu kan. Happy birthday Arshan.. “

” Comel sokmo lah Shariq, hehe. Muka macam baru bangun tido sambut birhday je. Happy birthday Shariq semoga sihat slalu dan dimurahkan rezeki.. “

” Selamat hari lahir handsome boy, Shariq Arshan Gabriel, semoga sentiasa sihat dan menjadi anak yang soleh.. “

Alahai comelnya Shariq, kejap je masa berlalu, sudah 2 tahun usia anak teruna Emma ni. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak juga mengucapkan selamat hari lahir kepada Shariq. Semoga Shariq terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shariqgabriel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..