” Hang cakap Kedah pun berhabuk, cakap omputeh pun berhabuk. Ni baru betul !! “
Video Aaisyah Dhia Rana Bersembang Dengan Ibunya, Rozita Che Wan Dalam Bahasa Inggeris Buat Ramai Kagum. Wah, Bunyi Slang Mat Salleh Gitu !!
Aaisyah Dhia Rana dilahirkan pada 1 November 2014. Pada tahun ini Aaisyah akan memasuki umur 6 tahun. Kecomelan anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini sering mencur1 perhatian netizen. Aaisyah juga pandai bergaya seperti ibunya.
Aaisyah mendapat jol0kan anak selebriti paling comel kerana wajahnya yang mewarisi kecantikan ibu dan ketampanan bapanya. Aaisyah mempunyai laman sosial Instagram yang sering dikongsikan gambar dan video Aaisyah.
Sehingga hari ini, seramai 1.5 juta orang pengikut laman Instagramnya. Aaisyah pernah di kaca TV dalam drama bersiri Kak Marr lakonan Che Ta pada tahun 2016. Pada ketika itu Aaisyah masih kecil dan memegang watak sebagai anak kepada Kak Marr.
Menerusi akaun Instagram, video Aaisyah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bersama ibunya telah dikongsikan. Aaisyah bercakap tentang gelang dan jam tangan yang diberikan kepadanya. Amboi, Aaisyah pandai bergaya yer dengan aksesori-aksesori berikut.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen kagum dengan Aaisyah yang fasih bercakap dalam bahasa Inggeris. Antara komen-komen mereka :
” Hang cakap Kedah pun berhabuk, cakap omputeh pun berhabuk. Ni baru betul !! “
” She is so fluent in English.. “
” Cute sgt ni.. speaking london .. bijak2.. “
” Ok ecah simpan.. sampai umur ecah 12 thn…. koleksi evah akan sama mcm mummy punya koleksi .. “
” Sape yg k0ndem2 ecah tuu.. msti tersedak kn dgr ecah ckap.. “
” Aaisyahdhiarana111 spiking berabuk, rozitachewan1 spiking kedah piaw, mcm x dk jurang bila sembang, apa da hal.. x dk pn aaishah nak ckp ha what mami? Mkna kata dia telan ja dua bahasa pn apa da hal, x perlu mami nak spiking london ngan dia.. mami go dengan oh my utagha, dia go with oh my english.. good job aaisyahdhiarana111 kipidap.. “
Wah, Aaisyah cakap inggeris siap ada slang mat salleh lagi. Maklumlah sebelum ini kebanyakan video Aaisyah berkomunikasi dalam bahasa melayu sehinggakan ada yang menyatakan Aaisyah tidak pandai berbahasa Inggeris. Tapi video ini membuktikan Aaisyah mampu menguasai dua bahasa tersebut dengan begitu fasih sekali. Terbaik Aaisyah !!
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..