” Amboi.. Lawa bini Man.. “

Man Raja Lawak Kongsi Gambar Bersama Keluarga, Namun Penampilan Isteri Beliau Terkini Telah Mencur1 Perhatian Netizen. Isteri Segak, Anak-Anak Pun Comel..

Man Raja Lawak atau nama penuhnya, Abd Rahman bin Kasim merupakan seorang pelawak dan pelakon.  Man yang berasal dari Kuala Lumpur ini  mula aktif bidang seni tanah air sejak sembilan tahun lalu. Beliau telah menjuarai Raja Lawak Astro musim kelima pada tahun 2011.

Man juga merupakan ahli kumpulan Puteh yang turut dianggotai Ali, Mamak. Mereka telah diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi. Sementara itu tempat kedua menjadi milik Zero dan tempat ketiga menjadi milik kumpulan Bocey.

Terdahulu, beberapa tahun yang lalu, selepas menjuarai Raja Lawak , nama beliau bersinar di persada seni. Namun, tidak lama selepas itu, namanya semakin pudar dalam industri hiburan dan kelibatnya di kaca televisyen kurang menyerlah. Semangat Man tidak pernah put0s, tidak pernah mengalah, dia tetap berusaha dan namanya kini kembali menjadi sebutan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Man telah berkongsi gambar terkini bersama keluarganya. Turut kelihatan, anak-anak Man yang kini kian membesar dan sangat comel. Turut menjadi perhatian netizen ialah isterinya yang cantik. Bahagia betul melihat keluarga kecil ini.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Rata-rata netizen memuji melihat isteri Man yang kelihatan cantik dan masih ada netizen yang tidak tahu bahawa ini adalah gambar keluarga Man. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Comel comel lah semua nya.. “

” Muke bini man mcm Anita Baharom.. “

” Anak abg Man ka ni… “

” Org rmh Man ke tu.. “

” Lawa bini Man.. “

” Amboii manjaaaanya abg manrajalawak dgn kak Ina.. “

” Alahai… Cumil je masing2 .. “

Cantik isteri Man ! Anak-anak Man pun semua dah besar. Tengok kehidupan Man dan keluarga jelas terpancar kebahagian. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga, Man sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kebahagian bersama insa-insan tersayang. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Man Raja Lawak by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..