” Hampa 4 orang mai dari perut kami nahh.. “

Nourul Deep Kongsi Video Bersama Anak-Anak Tersayang. Namun Anak Sulung Nourul, Ayu Nazirah Jadi Perhatian Netizen. Alahai Semakin Cun Melecun !!

Noorulhuda binti Abdul Wahab atau juga dikenali sebagai Nurul Wahab atau Nourul Depp merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita tanah air. Beliau yang berasal dari Pulau Pinang dan merupakan anak ketujuh dari 15 orang adik-beradik. Salah seorang kakaknya, Noorhayati Abdul Wahab telah terlebih dahulu menceburi bidang seni suara sekitar awal dekad 90-an.

Nourul pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas. Namun, jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercera1 pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah yang kini sudah berusia 22 tahun.

Nourul, 42, telah mendirikan mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan jejaka dari Perancis bernama  Eric, 55, pada 6 Jun tahun 2012. Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, 7, serta Raphael Depp, 5  dan Isabella yang kini berusia 8 bulan.

Menerusi entri terbaharunya di Instagram, Nourul telah berkongsi satu video yang merakamkan gelagat anak-anaknya yang berada di dalam kereta. Namun anak sulung Nourul menjadi perhatian netizen. Alahai semakin cantin dan cun melecun.

Ikuti perkongsian Nourul di bawah :

” Bila hangpa berangan ja qeja, lepaih tu sedaq2 anak ada 4 kan! .. Ya Allah. Terima kasih.. “

” #deppfamily #thedepps #littledepp #littledeppinasia #ayuace #acedepp #firstdeppgirl #isabelladepp #raphaeldepp #zacharydepp..

(Klik butang KANAN > untuk menonton video.. )

Rata-rata peminat Nourul sangat suka menonton video yang dikongsikan itu. Antara komen-komen tersebut :

” Dh besaq anak no1 dlu jmpa Nurul kt Sunway Lagoon kecik lg Ayu.. Dh anak dara.. Bila nk dpt menantu..?? Hihi gurau je.. Comey si kecik tu.. “

” Hemdseom 2 anak 2 Nourul happy tau tak0t pulak dangan mother ckp polis.. “

” Comel.. suka sangat tengok sis @nouruldepp sekeluarga. Moga sentiasa dlm keberkatanNya.. “

” Sama kita 4 org anakk.. Tp dpt sorang je gegirl .. Okla alhamdulillah… Dlm pada serik2 nk preggy .. Preggy jugak lg.. smpai 4 org .. “

” Sme lah kita..rasa cm muda.. Skli toleh anak dah 6.. “

” Alhamdulillah semoga sentiasa dlm rahmat Tuhan.. “

” Kami pun anak 4 kak @nouruldepp … X terasa umuq dh makin veteren… “

Wahh.. keluarga bahagia, seronok tengok Nourul layan anak-anak beliau. Tak sangka sekejap sahaja masa berlalu, anak sulung Nourul pun dah berusia 22 tahun. Semakin betambah ayu, seperti namanya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Nourul sekeluarga sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Nourul Deep by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..