” Hamboiii… Kecik-kecik dah main cinta. Tu la kacak sangat.. “
Sari Yanti Dedah Anaknya Baasit Al-Haq Dapat Utusan Surat Cinta, Namun Respon Baasit Buat Netizen Ketawa Besar. Macam Abah Jep Punya Style Je Ni. Menurun Betul Perangai Jep !!!
Siapa tidak kenal pelakon kecik molek Sari Yanti. Dikenali menerusi drama Kisah Kaisara, wajah keanak-anakkan itu terus digil4i peminat. Walaupun sudah berusia 36 tahun namun wajahnya sentiasa nampak muda seperti remaja belasan tahun.
Terdahulu Sari pernah berkahwin dengan Mohd Eddy Casmady Che Hussein namun perkahwinan ini hanya mampu bertahan selama 5 tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Menerusi perkahwinan ini, Sari dikurniakan dua orang cahayamata lelaki diberi nama Barr Al Aliy dan Baasit Al-Haq.
Sari kemudiannya bertemu jodoh dengan pelawak terkenal Jep Sepahtu. Memilih tarikh 25 Februari 2017, mereka selamat menjadi suami isteri yang sah. Mahligai bahagia ini diserikan lagi dengan kurniaan cahayamata perempuan pertama mereka yang dinamakan Dariya Inara pada 25 April 2018.
Menerusi akaun Instagram, Sari Yanti telah berkongsikan beberapa keping gambar anaknya Baasit. Namun yang melucukan adalah surat cinta yang diterima oleh Baasit dan respon Baasit terhadap surat cinta itu. Mak aii lebih kurang macam cerita cinta mak ayah dulu je ni.
Jom baca kapsyen di bawah :
” Excuse me… Siapa yang hantar kat anak i surat cinta ni? Amboiiiiii…, belajar dulu tau.. Biasa dia ni. Tapi yang si Baasit tu dia tick kat YES ? Pun sama… Nak kena bebudak ni.. ”
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Hamboiii… Kecik-kecik dah main cinta… Tu la kacak sangat.. “
” Handsome sangggatt.. Tu ramai peminat tu.. “
” Tak0t Jep yang tick kan kot.. “
” Hahahah. Ni mesti abah dia ajar.. “
” Hensem sangat . Kalau saya pun hantar surat cinta.. “
” Dah ada orang booking buat menantu tuh Basit.. “
” Suruh abah kawenkan Baasit dengan Letchumi pulak.. “
Lawak je cara mengayat budak-budak kecik ni. Siap boleh pilih-pilih lagi. Baasit pun bukan main yer, Yes terus. Agak-agak besar nanti sweet macam Abah Jep dengan mama dulu tak. Hehe.. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Baasit membesar menjadi anak yang soleh dan berguna untuk kedua ibu bapa.. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sari Yantiby Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..