” Perut dah besar laa.. “

Nadzmi Adhwa Kongsi Gambarnya Bersama Ardell Aryana Namun Baby Bump Ardell Jadi Perhatian Netizen. Alahai, Berseri-Seri Wajah Ibu Mengandung !!

Nadzmi Adhwa bin Nor Adzmi merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan model lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi pada tahun 2011 sebelum terj0n ke dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Nadzmi mula dikenali menerusi drama rantaian slot Akasia TV3 Hati Perempuan dengan memegang watak sebagai Tengku Zaqif, sekaligus memperkenalkan beliau dalam bidang lakonan. Nadzmi mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dan Multimedia daripada UiTM Shah Alam.

Pada 1 September 2019, Nadzmi sah menjadi suami kepada pelakon Ardell Aryana dan pasangan ini telah melangsungkan pernikahan di kediaman keluarga Ardell. Kini, Ardell sedang mengandungkan anak sulung mereka. Pasangan ini tidak sabar menanti kehadiran cahaya pertama mereka.

Menerusi akaun Instagram, Nadzmi berkongsi gambarnya bersama Ardell ketika berada dalam kereta. Dengan kapsyen bergurau seolah-olah mereka seperti adik dan kakak telah membuatkan netizen terhibur. Namun, baby bump Ardell telah menjadi perhatian.

” Bawak kakak beli petai jap. Say hi to kakak.. “

Rata-rata netizen menegur baby bump Ardell yang sudah kelihatan. Antara komen-komen mereka :

” Beb, dh nmpk baby bump.. “

” Mengandung ke tu.. Hrp baby sihat.  “

” Baby bump tu comelnya.. “

” Ya Allah berseri2 muka kakak.. “

” Perut tu perut tu comel.. “

” Eh eh baby bump.. Moga dua2 sihat sentiasa.. “

” Perut dah besar laa.. “

Alahai, sweet sangat pasangan ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ardell diberi kesihatan yang baik sepanjang menjalani tempoh mengandung dan dipermudahkan segala urusan sehingga sampai saat untuk melahirkan nanti. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nadzmi Adhwa by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..