” Cara dia sebut bye bye tu macam matahari yang dalam cerita teletubies tuuu.. “

Video Alisa Aisyah Sebut Perkataan Pertamanya Di Usia 8 Bulan. Wah Cerdik Macam Abang Yusuf Ni. Beauty With Brain La Sayang !!!

Siapa tidak kenal pasangan adik beradik si cilik comel, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Anak kepada pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini mempunyai aura dan tarikannya yang tersendiri. Setelah Yusuf menjadi tumpuan ramai, kini giliran adiknya pula Alisa mencur1 perhatian peminat.

Alisa dilahirkan pada 24 May 2019 dan kini sudahpun berusia 8 bulan. Kecomelan yang Alisa miliki menjadi buah mulut peminat. Umpama anak patung dengan alis mata yang hitam dan lebat, ditambah lagi matanya yang bulat, Alisa memang tersangat comel.

Seperti Yusuf, Alisa juga turut diwujudkan akaun sosial Instagramnya sendiri yang mana sehingga kini sudahpun mempunyai seramai 782 ribu pengikut. Segala perkembangan Alisa sejak dari lahir sehingga saat ini dikongsikan di akaun Instagram ini.

Menerusi akaun Instagram Alisa Aisyah, telah dikongsikan satu video rakaman di mana kelihatan Alisa sedang bermain di atas katil. Yang menarik perhatian adalah Alisa sudah mula belajar bercakap. Wah hebat sangat ni baru 8 bulan dah pandai. Clever girl sangat ni !

Jom tonton video di bawah :

” Ni first word ke.. “

View this post on Instagram

Ni first word ke 🤣

A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Bila yusuf yang suruh, lepas tersungk0r pun sebut jugak mesti rapat dengan abangnya nanti.. “

” Ala pandianya baby.. “

” Cakap babai pun cute eh.. “

” Dah pandai cakapla adik kita nii.. “

” Alolololol Comeynye dia bye bye.. “

” Alaa alisaaaa bye bye dia dengan pipi sekali tu.. “

”  Cara dia sebut babai tu macam matahari yang dalam cerita teletubies tuuu.. Awak ni alisa buat kita cair tauuu.. “

Cepat betul pertumbuhan Alisa ni. Belum capai umur setahun dah mula menyebut perkataan satu perkembangan yang baik. Nampak sangat kebijaksanaan tu. Mesti nanti pandai macam Abang Yusuf. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Alisa membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah Hairul Azreen by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..