” Hah Johan, kat rumah kemain lagi semua post nak tunjuk ko tazkirah bagai.. “

Johan Diperl1 Riz Amin Di Lokasi Penggambaran Ketika Ingin Solat. Dah Kenapa Tu Johan. Makan Dalam Betul Ayatnya Tu !!

Siapa tidak kenal pelawak dan penyampai radio terkenal Johan Raja Lawak. Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim bin Mohamad Aziz adalah anak saudara kepada pelawak lagenda, Salih Yaacob. Menyedari bakat lawak yang ada pada dirinya, Johan mencuba nasib di dalam program realiti Raja Lawak musim pertama.

Percubaannya membuahkan hasil apabila berjaya mendapat tempat ketiga. Setelah itu, Johan ditawarkan menjadi hos bagi rancangan tersebut. Bertitik tolak dari situ, Johan mula mengorak langkah. Gandingannya bersama pelawak Zizan Razak membentuk kumpulan bernama Jozan untuk pertandingan Maharaja Lawak Mega menaikkan lagi nama Johan.

Beliau juga mempelbagaikan lagi bakat seninya dengan menerima tawaran berlakon drama antaranya Chaparela, Elly & Epit, Puding Bling-Bling dan banyak lagi. Johan juga turut berlakon di dalam filem pec4h panggung H4ntu Kak Limah Balik Rumah, L1bas dan Papadom 2.

Menerusi akaun Instagram Jozlynnhanania, telah dikongsikan sekeping gambar Johan bersama pelakon tinggi lampai Riz Amin yang sedang bersedia untuk mengerjakan solat. Apa yang menariknya adalah kapsyen yang ditulis itu yang membuatkan netizen tergelak apabila membacanya. Makan dalam punya ayat ni !

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Kawan yg baik akan paksa kawan dia jadi imam.. contoh… “ riz, ko jadi imam eh..” -tegas johan .. di balas oleh @rizamin “ eh , giler ke apa ko nih.. ko la imam dowh” .. smbl buat muka keras… “ eh, apa plak.. nnt aku baca surah panjang.. better ko la.. ko hafal surah pendek jek kan??” Balas Johan dgn angkuh.. “ hotak ko, aku jgn kata surah.. doa aku pun panjang lah.. tgk badan la wehhhhh” tempik riz dgn nada lagi riak… tetibe mami @kam2u sampok dari blkg.. “ weh monyet!!! Aku nk keje tau.. bape lama nk tunggu korg pilih sape nak jd imam?? Ke nak aku jadi imam korg?? Kang menangis lak korg.. “ sambil jeling johan n riz.. tetibe dgr suara riz “ hah Johan, kat umah kemain lg sume post nak tunjuk ko tazkirah bagai.. g jadi imam cpt” smbl tolak johan ke depan n riz senyum lantas Qamat.. hmmmm #kawanygbaik #ttpxnakjdimam #nakbukakkelasngajiplak #mukalepaskenamaki 🤣

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Sump4hh kelakar.. “

” Hahahah monyet tu yang lawakkk . Betul, kawan yang baik akan bawa kita ke arah baik.. “

” Hahaha serius kelakar, best member yang macam nie.. “

” Pandai jawab ehh riz #kawanygbaik.. “

” Gurau-gurau erat kan silaturrahim.. Jadi kenangan kemudian hari nanti tau.. “

” Hahahahahha bedekah gelak baca caption ni.. “

” Hahaha taktik terbaikk.. Tak nak jadi imam.. Cepat-cepat iqamah .. Hahahahhaha.. “

Adui lawak sungguh cerita sebelum solat Johan dengan Riz ni. Bukan main padu lagi soal jawabnya. Gurauan yang menghiburkan hati. Betul la kawan yang baik akan membawa kita kepada kebaikan. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan kedua-duanya diberikan kesihatan dan rezeki yang berpanjangan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jozlynnhanania by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..